Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Canada sasar tarik 1.45j tenaga kerja asing jelang 2025

Nov 03, 2022 | 05:30 AM



OTTAWA (Canada): Dengan hampir sejuta kerja kosong rentas negara, Canada kini memerlukan tenaga kerja asing bagi mengatasi kekurangan sumber tenaga dan telah meletakkan sasaran tertinggi untuk tiga tahun mendatang.



Dasar baru yang diperkenalkan itu bertujuan menarik 1.45 juta pendatang asing antara 2023 dan 2025, lapor The New York Times, kelmarin.



Menteri imigresen, Encik Sean Fraser, mengumumkan demikian sedang negara itu mencatat satu lagi rekod bahawa seorang daripada setiap lima orang di negara itu adalah pendatang asing, menurut agensi banci penduduk Canada.



Sikap kerajaan Canada terhadap pendatang asing adalah jauh berbeza daripada negara-negara Barat lain, seperti Sweden dan Italy, dengan parti-parti politik yang baru dipilih dilihat mengekang kemasukan pendatang asing dan menyalahkan golongan ini atas jenayah dan kekacauan yang berlaku.



"Kalian semua lihat, ia mudah untuk saya: Canada perlu lebih ramai orang," kata Encik Fraser di sidang akhbar di Toronto, kelmarin.



"Rakyat Canada faham perlunya untuk meneruskan pertumbuhan populasi jika kita mahu memenuhi keperluan tenaga buruh, jika kita ingin mengimbangi semula trend demografi yang membimbangkan, dan jika kita ingin terus menyatukan keluarga," tambahnya.



Antara trend yang memprihatinkan, sambung Encik Fraser, termasuk keadaan rakyat yang semakin tua dan persaraan yang semakin meningkat.



Perangkaan banci yang dibentangkan April lalu menunjukkan jumlah mereka yang hampir bersara di Canada mencatat paras tertinggi.



"Jika kita tidak buat sesuatu sekarang bagi perbetul trend demografi ini, perbincangan yang kita akan adakan 10 hingga 15 tahun dari sekarang bukanlah tentang kekurangan tenaga kerja.



"Ia adalah mengenai sama ada kita punya keupayaan ekonomi untuk terus biaya sekolah dan rumah sakit umum dan perkhidmatan awam yang saya fikir kita terlalu kerap ambil ringan," kata Encik Fraser.



Canada telah lama meneruskan satu strategi pengambilan pendatang asing bagi perkukuh populasi rakyat yang semakin tua yang lahir di negara itu selain kadar kelahiran yang rendah, satu strategi yang mendapat sokongan awam yang meluas.



Ia lebih memilih pendatang asing yang berkemahiran dalam bidang di mana Canada berdepan kekurangan besar - termasuk penjagaan kesihatan, pengeluaran, kejuruteraan dan perdagangan.



Dalam satu tinjauan oleh Environics Institute for Survey Research, sebuah firma tinjauan bukan mencari untung, 58 peratus mereka yang dihubungi berkata mereka menyokong kemasukan pendatang asing, dan 69 peratus responden tidak setuju apabila ditanya jika Canada membawa masuk terlalu ramai pendatang asing. - Agensi berita.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >