Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TIMUR TENGAH

Canada, Saudi pulih hubungan diplomatik selepas putus pada 2018

May 25, 2023 | 02:51 PM



OTTAWA: Canada dan Arab Saudi telah bersetuju untuk memulihkan hubungan diplomatik penuh dan melantik duta baru, kata kedua-dua negara pada Rabu, mengakhiri satu pertikaian 2018 yang merosakkan hubungan dan perdagangan.


Keputusan itu menyusuli perbincangan yang diadakan antara Perdana Menteri Canada, Encik Justin Trudeau, dan Putera Mahkota Saudi Mohammed Salman di luar sidang puncak Forum Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) di Bangkok pada November 2022, menurut kenyataan dari Canada dan Saudi.

Keputusan itu didorong oleh “keinginan kedua-dua pihak mahu memulihkan hubungan diplomatik antara dua negara atas dasar saling menghormati dan kepentingan bersama”, kata kenyataan itu.

Pertikaian 2018 itu mendahului kejadian pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi pada akhir tahun itu, yang dikutuk Canada dan semua negara Barat. Ia bermula apabila kedutaan Canada di Riyadh menerbitkan ciapan dalam bahasa Arab yang menggesa pembebasan segera aktivis hak wanita yang ditahan pihak berkuasa Saudi.

Tindakan itu mendorong Riyadh memanggil balik dutanya dan menghalang utusan itu daripada kembali, dan memulakan larangan perdagangan baru.

“Langkah perdagangan punitif akan ditarik balik,” kata sumber kerajaan Canada yang tahu akan perjanjian itu namun tidak diberi kuasa untuk bercakap kepada media.

Saudi ialah pasaran eksport terbesar buat Canada di rantau Timur Tengah pada 2021, menurut data rasmi, apabila ia mencecah C$2.2 bilion ($2.2 bilion). Import ialah AS$2.4 bilion ($3.2 bilion).

Hampir semua import Canada adalah minyak dan petrokimia. Lebih daripada 80 peratus eksport ke Arab Saudi adalah peralatan pengangkutan.

Pemulihan hubungan itu berlaku apabila putera Saudi itu berusaha menjadikan Saudi sebagai kuasa serantau dengan menggunakan kedudukannya sebagai pengeluar tenaga utama dalam kedudukan dunia yang bergantung kepada minyak yang banyak digunakan dalam perang Ukraine.

“Arab Saudi adalah penting dalam rantaunya. Ia pemain penting,” kata Encik Roland Paris, bekas penasihat dasar luar Encik Trudeau dan profesor hal ehwal antarabangsa di Universiti Ottawa.

“Adalah masuk akal untuk mempunyai duta kembali di situ untuk memastikan saluran perhubungan terbuka.”

Canada akan melantik Encik Jean-Philippe Linteau sebagai duta barunya di Riyadh.

Menteri Luar Canada, Cik Melanie Joly, berkata “kita perlu mengadakan perhubungan dengan orang yang kita tidak selalu bersetuju dengan segala-galanya untuk mencari penyelesaian global kepada masalah global”, tambah sumber itu. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >