Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

berita

China bantah aksi Jepun di G7

May 22, 2023 | 03:26 PM



BEIJING: Naib Menteri Luar China, Encik Sun Weidong, memanggil duta besar Jepun untuk menyampaikan bantahan berkaitan “kekecohan tentang isu China”, di sidang puncak Kumpulan Tujuh (G7) pada hujung minggu lalu, menurut satu kenyataan kementerian itu Ahad lalu.


Encik Sun berkata Jepun telah bekerjasama dengan beberapa negara di sidang puncak G7 itu, “dalam aktiviti dan perisytiharan bersama... untuk memburuk-burukkan dan menyerang China, mencampuri ehwal dalam negeri China, melanggar prinsip asas undang-undang antarabangsa dan semangat empat dokumen politik antara China dan Jepun”, merujuk kepada Kenyataan Bersama China-Jepun 1972.

Beliau berkata tindakan Jepun itu menggugat kedaulatan China, keselamatan serta pembangunan dan China “amat tidak berpuas hati dan tegas menentang” mereka.

“Jepun harus perbaiki kefahaman mereka mengenai China, memahami autonomi strategik, patuh kepada prinsip-prinsip empat dokumen politik antara China dan Jepun dan benar-benar menggalakkan pembangunan stabil hubungan dua hala dengan sikap yang membina,” kata Encik Sun.

Duta Besar Jepun di China, Encik Hideo Tarumi, menyangkal bahawa adalah “wajar” bagi G7 merujuk kepada isu-isu keprihatinan bersama, seperti yang pernah dilakukan sebelumnya dan akan terus berbuat demikian pada masa hadapan, selagi China tidak mengubah perlakuannya.

“China harus terlebih dahulu mengambil langkah-langkah positif untuk menangani isu-isu yang dikhuatirkan, jika China mahu menuntut supaya hal mereka tidak dibangkitkan,” kata Encik Tarumi kepada Encik Sun, menurut kenyataan yang dibacakan.

Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Encik Hirokazu Matsuno, berkata pada Isnin dalam satu taklimat bahawa dasar Jepun terhadap China tetap sama, iaitu ingin melihat China bersikap bertanggungjawab terhadap perkara-perkara yang berkaitan isu-isu keprihatinan bersama.

Kedutaan China di Britain sebelum ini telah meminta London supaya berhenti memfitnah dan memburuk-burukkan China, supaya tidak merusakkan lagi hubungan China-Britain.

Ini adalah selepas Perdana Menteri Britain, Encik Rishi Sunak, berkata China merupakan cabaran utama dunia bagi keselamatan dan kemakmuran.

“Ulasan seperti itu daripada pihak Britain, samalah dengan apa yang dikatakan oleh negara lain dan merupakan suatu fitnah tanpa sebarang fakta.

“China mengutuk dengan sekeras-kerasnya,” kata kenyataan kedutaan itu. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >