Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

China cuba lemahkan sistem kehakiman AS

Oct 26, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Ketua Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) menuduh China cuba campur tangan sistem keadilan negara itu melalui tiga kes antaranya membabitkan gangguan perisik China terhadap pembangkang di AS.



Peguam Negara, Encik Merrick Garland, menyatakan perkara itu ketika mengumumkan kes pertuduhan terhadap 13 warga China yang didakwa bekerja untuk agensi perisik Beijing.



Encik Garland menjelaskan selain gangguan perisik China, negara itu juga cuba campur tangan terhadap kes pendakwaan syarikat gergasi telekomunikasi China yang difahamkan sebagai Huawei. China juga dituduh memberi tekanan kepada ahli akademik AS untuk bekerja dengan mereka.



Encik Garland berkata, kes itu menunjukkan China mencari jalan untuk mengganggu hak dan kebebasan individu di AS dan menjejaskan sistem kehakiman kami yang melindungi hak berkenaan.



"Jabatan Kehakiman tidak akan bertolak ansur dengan percubaan mana-mana kuasa asing untuk menjejaskan kedaulatan undang-undang yang menjadi asas demokrasi kita," katanya pada sidang akhbar.



Kenyataan itu dibuat Encik Garland sehari selepas Presiden China Xi Jinping mempertahankan pentadbirannya bagi penggal ketiga.



Pemimpin AS menyalahkan Encik Jinping apabila mereka melihat adanya usaha yang semakin meningkat oleh China sejak sedekad lalu untuk mencuri harta intelek negara itu dan selain membanteras penentang politik China di Amerika.



Salah satu kes itu tertumpu kepada gangguan dan tekanan terhadap pembangkang, yang didedahkan minggu lalu. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >