Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

China mahu tingkat kerjasama, keselamatan dengan Pakistan, Afghanistan

Aug 21, 2025 | 1:42 PM
Menteri Luar China, Encik Wang Yi,
Menteri Luar China, Encik Wang Yi, berkata Pakistan dan Afghanistan harus terus menjalin rasa saling percaya secara strategik dan memperdalam kerjasama keselamatan. - Foto REUTERS

BEIJING: Menteri Luar China, Encik Wang Yi, menggesa Pakistan dan Afghanistan agar mengukuhkan pertukaran tiga hala di semua peringkat, sedang Beijing berusaha meningkatkan keselamatan dengan negara jirannya.

Demikian menurut satu kenyataan daripada kementerian itu.

Encik Wang, yang menghadiri pertemuan tiga penjuru dengan rakan sejawatannya di Kabul pada 20 Ogos, berkata negara-negara itu harus terus menjalin rasa saling percaya secara strategik dan memperdalam kerjasama keselamatan.

China bersedia memahami dan menyokong isu yang melibatkan kepentingan teras setiap negara dan tegas menentang campur tangan luar di rantau itu serta mana-mana organisasi atau individu yang menjejas kedaulatan negara masing-masing, kata Encik Wang.

“Adalah perlu untuk menambah baik mekanisme dialog keselamatan, memperdalam penguatkuasaan undang-undang dan kerjasama keselamatan, mengukuhkan usaha memerangi kegiatan pengganas rentas sempadan dan menghapuskan sarang pembiakan keganasan,” tambah beliau.

Kenyataan itu tidak menyebut mana-mana kumpulan pengganas, tetapi laporan oleh media negara China Xinhua mengenai pertemuan Encik Wang dengan pemangku Menteri Luar Afghanistan, Encik Amir Khan Muttaqi, telah menyebut Pergerakan Islam Turkestan Timur.

Laporan itu memetik Encik Wang sebagai berkata China berharap Afghanistan akan meningkatkan usaha untuk memerangi kumpulan pengganas tersebut.

China berkongsi sempadan sepanjang 596 kilometer (km) dengan Pakistan yang merentasi Pergunungan Karakoram, memanjang dari kawasan timur Afghanistan ke kawasan yang dipertikaikan dengan India berhampiran Glasier Siachen.

Dengan Afghanistan, China berkongsi sempadan 92 km yang bertemu dengan wilayah Gilgit-Baltistan di Pakistan.

Dua negara itu bersempadan dengan wilayah Xinjiang di barat laut China, yang pernah dilanda konflik pada masa lalu yang dikatakan Beijing didalangi kumpulan militan Islam dan pemisah etnik Uyghur yang menyatakan mereka mahu menubuhkan negara Turkestan Timur yang merdeka.

Encik Wang juga memberitahu rakan sejawatannya bahawa ketiga-tiga negara harus mengembangkan kerjasama pembangunan, pertukaran perdagangan dan pelaburan, serta ketersambungan rangkaian. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg