Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

China perlu ‘hadapi realiti’ hormati keputusan pilihan raya Taiwan

Kementerian Ehwal Luar Singapura mengalu-alukan keputusan pilihan raya Taiwan dan mengucapkan tahniah atas kemenangan Dr William Lai dan partinya
Jan 15, 2024 | 02:14 PM



TAIPEI: Taiwan memberitahu China supaya “menghadapi realiti” dan menghormati keputusan pilihan rayanya, sebagai membalas aksi Beijing meremehkan kemenangan tipis Parti Progresif Demokratik (DPP) yang mahukan kemerdekaan, sambil mengulangi bahawa “Taiwan adalah milik China”.


Ketika keadaan kembali reda selepas Hari Mengundi, negara pulau itu juga bergelut dengan perubahan yang diuar-uarkan keputusannya, iaitu era baru dalam politik domestik dengan kebangkitan kuasa ketiga – baik DPP mahupun Kuomintang (KMT) – didorong sebahagian besarnya oleh pengundi muda yang marah.

Dalam respons kepada pertanyaan media mengenai pilihan raya di Taiwan pada 13 Januari, jurucakap Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura berkata:

“Kami mengalu-alukan keputusan pilihan raya yang berjaya dan mengucapkan tahniah kepada Dr William Lai dan partinya atas kemenangan mereka.

“Singapura berkongsi persahabatan yang erat dan lama dengan Taiwan dan rakyat Taiwan dan akan terus mengembangkan hubungan ini berdasarkan dasar ‘Satu China’ kami.

“Singapura secara konsisten menyokong pembangunan aman hubungan rentas selat. Dialog, membina kepercayaan dan meneruskan kerjasama akan memberi manfaat kepada kedua-dua belah Selat.

“Ini akan menyumbang kepada kestabilan dan kemakmuran rantau yang lebih luas dan disambut baik oleh Singapura dan masyarakat antarabangsa,” menurut kenyataan itu lagi.

Pakar kajian Asia Timur daripada Universiti Nasional Tsing-hua, Profesor Madya Chen Min-chi, pula berkata:

“Golongan muda sangat penting dalam pilihan raya ini dan mereka telah menghantar mesej yang jelas bahawa mereka kecewa dan mahukan perubahan.”

Kira-kira 14 juta rakyat Taiwan mengundi pada 13 Januari dan Encik Lai Ching-te menang – tetapi dengan hanya kira-kira 40 peratus undi – menjadikan beliau pemimpin kedua dalam sejarah Taiwan yang memperoleh kurang daripada majoriti undi presiden, sejak DPP Encik Chen Shui-bian memenangi 39.3 peratus pada 2000.

Selepas pilihan raya, Beijing berkata keputusan itu menunjukkan bahawa DPP tidak boleh mewakili sentimen arus perdana pengundi di pulau itu.

Ia menambah bahawa pilihan raya “tidak akan menghalang trend penyatuan semula China yang tidak dapat dielakkan” dan bahawa “Taiwan adalah Taiwan China”.

Sebagai tindak balas, kementerian ehwal luar Taiwan memberitahu Beijing untuk menerima keputusan pilihan raya.

“Kementerian Ehwal Luar menyeru pihak berkuasa Beijing untuk menghormati keputusan pilihan raya, menghadapi realiti dan menghentikan penindasan terhadap Taiwan agar interaksi rentas selat yang positif kembali ke landasan yang betul,” katanya, lapor akhbar The Straits Times.


Dengan tinjauan pendapat 2024, landskap pilihan raya Taiwan telah mengalami perubahan daripada warna biru-hijau tradisionalnya, masing-masing mewakili kem KMT dan DPP.


Encik Hou Yu-ih daripada KMT menerima kira-kira 33 peratus undi, sedikit penurunan daripada bahagian undi KMT pada pilihan raya presiden yang lalu pada 2020.


Dr Ko Wen-je daripada Parti Rakyat Taiwan (TPP), bagaimanapun, memperoleh kira-kira 26 peratus undi, dianggap sebagai pencapaian yang luar biasa, dalam percubaan buat kali pertama dan merupakan sebuah parti hanya ditubuhkan pada 2019.


Ia juga kelihatan akan menjadi penentu dalam badan perundangan, di mana dengan lapan kerusi, ia akhirnya boleh memegang keseimbangan kuasa dalam dewan yang mempunyai 113 kerusi itu.


KMT memenangi 52 kerusi, manakala DPP, yang kehilangan majoriti, mengambil 51. Dua dimenangi calon bebas.


Pengundi muda adalah kunci kepada keputusan itu, kata pemerhati.


Walaupun hubungan rentas selat menjulang di hadapan undian, ramai yang lebih dipengaruhi oleh isu-isu seperti perumahan, inflasi dan jurang pendapatan, serta cara DPP mengendalikannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >