Subuh
5:29
Syuruk
6:52
Zuhur
12:54
Asar
4:18
Maghrib
6:55
Isyak
8:09
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

China sambung kemasukan 15 hari tanpa visa bagi warga S’pura

Kemudahan mulai 26 Julai bagi pelancongan, niaga, ziarah saudara dan rakan, serta transit
Jul 23, 2023 | 06:00 PM



Pemerintah China akan menyambung kemudahan 15 hari tanpa visa buat warga Singapura yang pergi ke China mulai tengah malam Rabu ini, lebih tiga tahun selepas khidmat visa itu digantung.

Ini termasuk visa bagi pelancongan, perniagaan, melawat saudara dan rakan serta bagi tujuan transit, umum Kedutaan China di Singapura pada Ahad.

Visa yang telah pun dikeluarkan kepada warga Singapura masih sah, dan permohonan visa yang telah dibuat sebelum ini akan diproses seperti biasa, tambahnya.

China berhenti mengeluarkan visa kepada warga asing pada Mac 2020, sejurus selepas permulaan pandemik Covid-19, dan turut menggantung kemudahan bebas visa selama 15 hari buat warga Singapura.

Beijing menyambung pengeluaran semua jenis visa kepada warga asing pada Mac 2023, tetapi mengekalkan penggantungan kemudahan bebas visa itu.

Mereka yang ingin melancong ke China perlu beratur panjang dan menghadapi masa menunggu lama bagi janji temu di pusat visa yang ditetapkan di Robinson Road.

Pada Mei 2023, Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, melahirkan harapan agar China dapat memulihkan pengaturan bebas visa, semasa lawatan rasmi pertamanya ke negara itu sebagai timbalan perdana menteri.

Pada masa itu, beliau berkata pengaturan visa telah dibincangkan dalam pertemuannya dengan pemimpin China, sambil menyatakan kedua-dua pihak mengakui kepentingan pertukaran rakyat sesama rakyat.

Pihak berkuasa China menamatkan aturan ujian besar-besaran, sekatan dan kuarantin tempoh panjang Covid-19 pada Disember 2022.

Pada masa itu, Beijing mengekalkan sekatan visa ke atas warga asing, tetapi berkata pelawat yang masuk ke negara itu tidak lagi perlu menjalani kuarantin mulai Januari.

Mengalu-alukan pengumuman pada Ahad itu, Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata dalam satu catatan Facebook bahawa aturan bebas visa akan memudahkan orang ramai dan aliran perniagaan antara Singapura dengan China, serta membuka jalan bagi kerjasama dua hala lebih mendalam.

Pengerusi Dewan Perniagaan dan Perusahaan Singapura di China, Encik Ong Tze Guan, berkata penyambungan kemudahan bebas visa buat warga Singapura akan memberi kesan positif dengan memudahkan pelancong, perusahaan dan belia melawat China bagi tujuan pelancongan, perniagaan dan budaya serta pertukaran pelajar.

“Ini akan meningkatkan hubungan antara dua negara dan menyediakan lebih banyak peluang untuk rakyat Singapura meneroka dan terlibat dengan China,” kata ahli perniagaan yang berpangkalan di Beijing itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >