Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

China sedia usahakan perdamaian Palestin-Israel: Xi

Jun 15, 2023 | 05:16 PM



BEIJING: China bersedia memainkan peranan positif bagi membantu Palestin mencapai perdamaian dalaman dan menggalak rundingan dengan Israel, kata Presiden China, Encik Xi Jinping, kepada rakan sejawatannya dari Palestin, Encik Mahmoud Abbas, di Beijing pada Rabu.


“Penyelesaian asas kepada isu Palestin terletak pada penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka berdasarkan sempadan 1967, dengan Baitulmakdis Timur sebagai ibu kotanya,” kata Encik Xi, menurut media negara China.

Rakyat Palestin mencari taraf negara di Tebing Barat, Gaza dan Baitulmakdis Timur – wilayah yang diduduki Israel dalam Perang Timur Tengah pada 1967.

Israel mengundurkan tentera dan peneroka dari Gaza pada 2005 tetapi terus meluaskan penempatannya di Tebing Barat dan menamakan Baitulmakdis sebagai ibu kotanya yang kekal dan tidak boleh dibahagi-bahagikan.

Rundingan damai yang diusahakan Amerika Syarikat pada 2014 menemui jalan buntu.

“Kami sentiasa menyokong dengan tegas perjuangan keadilan rakyat Palestin untuk memulihkan hak kebangsaan mereka yang sah,” kata Encik Xi kepada Encik Abbas pada majlis menyambut ketibaan beliau di Dewan Besar Rakyat Beijing.

China mempunyai hubungan baik bersejarah dengan Palestin dan sejak lawatan terakhir Encik Abbas pada 2017, secara konsisten menyatakan keupayaannya selaku pengantara.

Ini walaupun tidak banyak kemajuan ditunjukkan dalam hal ini sehinggalah ia menjadi perantara perjanjian mengejut antara Iran dengan Arab Saudi bagi memulihkan hubungan diplomatik dua negara itu pada Mac.

Encik Abbas berada di Beijing bagi lawatan tiga hari di mana beliau berharap dapat memaparkan sokongan China terhadap negara Palestin, selepas gagal bertemu pegawai Amerika semasa berada di New York bagi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2022.

Minggu lalu, Setiausaha Negara Amerika, Encik Antony Blinken, melahirkan ikrar berhubung komitmen berterusan Amerika terhadap keselamatan Israel dan penyelesaian dua negara bagi konflik Israel-Palestin.

Namun, beliau berkata pengembangan penempatan Yahudi akan menjadi penghalang kepada keamanan.

Penganalisis berkata perpecahan dalaman rakyat Palestin telah menimbulkan satu lagi halangan. Pergerakan Islam Hamas yang memerintah Gaza bersumpah akan memusnahkan Israel dan menolak perdamaian yang dirundingkan.

Encik Abbas mengetuai Pihak Berkuasa Palestin yang menjalankan pemerintahan sendiri terhad di Tebing Barat dan berunding dengan Israel.

Encik Xi mengulangi sokongan China agar Pihak Berkuasa Palestin menjadi ahli penuh PBB dan berkata Beijing akan terus membela Palestin dalam forum pelbagai hala, lapor media pemerintah.


Amerika menentang keanggotaan penuh PBB Palestin yang menghalang perjanjian damai dengan Israel, satu langkah yang memerlukan undian di Majlis Keselamatan di mana Amerika, seperti China, mempunyai kuasa veto.

Encik Xi turut berkata masyarakat antarabangsa harus meningkatkan pembangunan dan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

Beliau dan Encik Abbas juga mengumumkan kedua-dua pihak telah bersetuju untuk mewujudkan satu perkongsian strategik dan menandatangani beberapa dokumen kerjasama dua hala.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >