TOKYO: Pihak berkuasa China kini bersiap sedia bagi menghadapi hujan lebat ketika taufan kuat menghampiri pesisir timur negara yang berpenduduk padat itu.
Taufan Bebinca melintasi Pulau Amami Jepun semalaman, membawa angin ribut sehingga 198 kilometer sejam, kata Agensi Meteorologi Jepun (JMA).
“Di rantau Amami, risiko tanah runtuh telah meningkat disebabkan oleh hujan lebat,” kata JMA.
Di Filipina, Bebinca menyebabkan enam maut dan sekurang-kurangnya dua hilang, kata pemerintah Filipina pada 15 September.
Menurut Agensi Berita Xinhua, Majlis Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan berkata bahawa Bebinca, taufan tropika keenam yang melanda negara sejak Januari tahun ini, telah menjejaskan lebih 200,000 orang di hampir 300 kampung. Hampir 14,000 daripada mereka yang dipindahkan kini tinggal di pusat perlindungan sementara. – AFP
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg