Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

China tidak berupaya jadi pengantara yang tidak berat sebelah: AS

Mar 24, 2023 | 05:30 AM



WASHINGTON: Amerika Syarikat berkata pada Selasa lalu, ia tidak melihat China berupaya menjadi pengantara yang tidak berat sebelah, antara Moscow dan Kyiv berhubung soal perang di Ukraine.



Ulasan itu adalah kritikan yang paling tepat ditujukan kepada China, yang ingin menjadi orang tengah dalam usaha bagi menamatkan perang Russia dan Ukraine itu.



"Saya tidak fikir anda akan dapat melihat China bersikap tidak berat sebelah," kata jurucakap Rumah Putih bagi Majlis Keselamatan Kebangsaan, Encik John Kirby kepada para wartawan.



Beliau menarik perhatian bahawa China mengelak daripada membuat sebarang kecaman terhadap pencerobohan Russia di Ukraine, dan malah terus membeli minyak Russia, sekalipun pihak Barat telah mengenakan sekatan terhadap industri tenaga Moscow, bagi menyekat Kremlin mendapatkan wang untuk membiayai peperangan.



China, ujar Encik Kirby, juga "terus membeberkan propaganda Russia kononnya Amerika dan negara lain di Barat harus dipersalahkan kerana memberi sokongan kuat kepada Ukraine sejak beberapa tahun, hingga Russia berasa terancam dan kerana itu wajar melakukan serangan ke atas Ukraine."



Semasa sidang kemuncak itu yang penuh istiadat, Presiden China, Encik Xi Jinping, melakukan lawatan rasmi tiga hari mulai Selasa lalu dan telah bertemu Presiden Vladimir Putin, dengan perang Ukraine menjadi agenda utama rundingan mereka.



Selepas rundingan pada Selasa, kedua-dua pemimpin menyifatkan pertemuan itu sebagai "era baru" dalam hubungan Russia-China.



Encik Kirby berkata, kedua-dua pemimpin itu dipautkan bukan dengan suatu pakatan tetapi lebih kepada untuk kepentingan masing-masing."



China membuat saranan 12 perkara mengenai peperangan itu, termasuk seruan supaya mengadakan dialog dan semua pihak harus menghormati kedaulatan wilayah masing-masing negara.



Encik Putin berkata, beliau terbuka untuk merundingkan soal Ukraine dan memuji saranan yang dibuat oleh Beijing.



Encik Kirby berkata, Russia dan China "mahu merubah peraturan," iaitu peraturan berasaskan ketentuan antarabangsa.



Namun, Amerika masih mahu terus menjalin saluran komunikasi dengan China, kata Encik Kirby.



Beliau juga berkata tidak tahu tentang China membekalkan bantuan ketenteraan kepada Russia.



Amerika berkata China sedang menimbangkan untuk berbuat demikian, tetapi Beijing menafikannya. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >