China tumpaskan sindiket penipuan Myanmar, 16 dihukum mati

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

China tumpaskan sindiket penipuan Myanmar, 16 dihukum mati

Feb 27, 2026 | 3:01 PM

China tumpaskan sindiket penipuan Myanmar, 16 dihukum mati

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
China, sindiket penipuan, Myanmar
Gambar edaran Mahkamah Rakyat Pertengahan Wenzhou yang dirakam dan dikeluarkan pada 29 September 2025 menunjukkan anggota organisasi mafia keluarga Ming hadir di mahkamah tersebut di wilayah Zhejiang, timur China, ketika prosiding hukuman berkaitan penglibatan mereka dalam pusat penipuan. Media negara melaporkan pada 29 Januari 2026 bahawa China telah melaksanakan hukuman mati terhadap 11 individu berkaitan kumpulan jenayah Myanmar, termasuk “anggota utama” operasi penipuan telekomunikasi, ketika Beijing memperketat tindakannya terhadap industri jenayah rentas negara itu. - Foto AFP

BEIJIN: Dua rangkaian jenayah besar berpangkalan di Myanmar yang terlibat dalam penipuan telekomunikasi rentas sempadan berjaya “ditumpaskan sepenuhnya”, ujar mahkamah tertinggi China pada 26 Februari, dengan 16 pesalah dijatuhi hukuman mati.

Mahkamah Agung Rakyat China memaklumkan perbicaraan melibatkan keluarga Ming dan Bai - dua daripada apa yang digelar “empat keluarga utama” yang mengawal sindiket jenayah di utara Myanmar telah selesai sepenuhnya.

Jurucakap mahkamah berkata seramai 39 individu dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atau lebih berat, termasuk 16 yang menerima hukuman mati. “Kedua-dua kumpulan jenayah bersenjata rentas sempadan ini telah dimusnahkan sepenuhnya, sekali gus memberi tamparan hebat kepada kegiatan penjenayah di dalam dan luar negara,” katanya dalam sidang media.

Pihak berkuasa China sebelum ini mengesahkan beberapa anggota kanan sindiket berkenaan telah dihukum mati pada 29 Januari dan 2 Februari lalu.

Menurut mahkamah itu, sehingga akhir 2025, lebih 27,000 kes penipuan telekomunikasi berkaitan kawasan utara Myanmar telah diselesaikan di seluruh China.

Selain itu, lebih 41,000 pesalah yang dihantar pulang dari luar negara turut dijatuhi hukuman.
Pengumuman tersebut merupakan sebahagian daripada operasi besar-besaran Beijing membanteras pusat penipuan di Asia Tenggara, khususnya di kawasan sempadan Myanmar dan Kemboja yang lama dikenali sebagai hab sindiket penipuan dalam talian.

Mahkamah turut menjelaskan bahawa tidak semua individu terlibat secara sukarela. Sebahagian daripadanya merupakan warga asing yang diperdagangkan dan dipaksa bekerja di pusat penipuan.
Operasi penipuan tersebut melibatkan pelbagai taktik termasuk penyamaran sebagai pegawai bank, pelaburan palsu dan penipuan percintaan yang menyasarkan mangsa di luar negara.

Beijing juga melancarkan kempen tekanan antarabangsa dan menyatakan kesediaan bekerjasama dengan lebih banyak negara bagi memperkukuh penguatkuasaan undang-undang global terhadap sindiket penipuan.

Walaupun tindakan tegas diambil, mahkamah memberi amaran jenayah penipuan dalam talian masih berada pada tahap tinggi dan semakin terancang serta merentas sempadan. “Situasi jenayah keseluruhannya masih serius dan kompleks. Jenayah ini kini menjadi gangguan awam global serta cabaran kepada tadbir urus keselamatan antarabangsa,” kata jurucakap mahkamah.

Mahkamah turut mendedahkan dalam beberapa kes, sindiket penipuan mempunyai kaitan dengan jenayah ganas termasuk pembunuhan, penculikan, penahanan haram dan pemerdagangan manusia.
“Perbuatan ini menyebabkan kerosakan sosial yang amat serius serta menjejaskan rasa kesejahteraan dan keselamatan orang ramai,” tambahnya.

Operasi penguatkuasaan China sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah membawa kepada penahanan ribuan suspek dan penutupan banyak pusat penipuan, namun pihak berkuasa mengakui sindiket tersebut terus berubah taktik dan berpindah lokasi bagi mengelak penguatkuasaan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg