Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

China umum latihan ketenteraan baru di sekitar Taiwan

Aug 09, 2022 | 05:30 AM



BEIJING: Tentera China mengumumkan latihan ketenteraan baru di laut dan ruang udara di sekitar Taiwan semalam - sehari selepas latihan terbesarnya untuk membantah lawatan Speaker Dewan Amerika Syarikat Cik Nancy Pelosi ke Taipei minggu lalu tamat.



Komando Easten Theatre Command berkata ia akan menjalankan latihan bersama menumpukan kepada operasi antikapal selam dan serangan laut.



Ia sekali gus mengesahkan kebimbangan beberapa penganalisis keselamatan dan diplomat bahawa Beijing akan terus mengekalkan tekanan ke atas pertahanan Taiwan.



Lawatan Cik Pelosi ke Taiwan minggu lalu menimbulkan kemarahan China, yang menganggap pulau yang diperintah sendiri itu sebagai miliknya dan ia bertindak balas dengan pelancaran ujian peluru berpandu balistik ke atas Taipei buat kali pertama, serta menghentikan dialog dengan Washington.



Kementerian Pertahanan China semalam mempertahan tindakannya menggantung rundingan ketenteraan dan memberi amaran bahawa Washington mesti menanggung "akibat yang serius daripadanya".



"Keadaan tegang sekarang di Selat Taiwan sepenuhnya disebabkan tindakan pengapian dan diwujudkan oleh Amerika atas tindakannya sendiri, dan Amerika mesti menanggung sepenuhnya akibat daripada tindakannya itu," kata jurucakap kementerian pertahanan, Encik Wu Qian, di satu catatan dalam talian.



Ketika ini, kapal perang China dan Taiwan memantau pergerakan masing-masing secara dekat kelmarin menjelang berakhirnya latihan ketenteraan China yang dijalankan selama empat hari.



Kira-kira 10 kapal perang, masing-masing milik China dan Taiwan, berlayar dalam jarak dekat di Selat Taiwan, dengan beberapa kapal China melintasi garis tengah yang memisahkan kedua-dua negara secara tidak rasmi.



Menurut sumber, ketika China memberi tekanan ke atas Taiwan, Taipei pula mengekalkan jarak dekat untuk memantau, bagi memastikan China tidak merentas sempadan. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >