WASHINGTON: Kempen calon Demokrat, Cik Hillary Clinton, bercadang menembusi negeri yang secara tradisi berhaluan kanan, ofensif terbaru yang bertujuan meluaskan kelebihan berbanding pencabarnya, Encik Donald Trump.
Usaha Cik Clinton yang agresif dan bercita-cita tinggi dibuat sedang pemimpin Parti Demokrat memberi bayangan Cik Clinton berupaya meraih kemenangan besar di setiap peringkat.