Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Covid-19: 12 kes berkaitan acara tabligh di Malaysia, pihak berkuasa gesa tunda perhimpunan besar

Mar 12, 2020 | 03:51 PM



KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyeru pada Khamis (12 Mac) agar semua perhimpunan besar ditangguhkan setelah 12 kes jangkitan koronavirus dilaporkan berkaitan dengan satu acara tabligh yang dihadiri 10,000 orang dari pelbagai negara.



Sejauh ini, negara itu mempunyai 149 kes jangkitan virus tersebut dan pihak berkuasa sedang melaksanakan usaha menjejak sekitar 5,000 warga yang telah menyertai majlis itu dari 28 Februari hingga 1 Mac yang diadakan di satu masjid di luar Kuala Lumpur.



"Semua perhimpunan besar sebaiknya ditunda untuk mengurangkan penularan virus Covid-19," kata Kementerian Kesihatan Malaysia dalam satu kenyataan di Twitter.



Di Brunei, 11 kes jangkitan koronavirus telah dilaporkan - merupakan kes-kes pertama di negara itu - di mana semua kes itu mempunyai kaitan dengan acara tabligh di Malaysia.



Seramai 90 orang dari Brunei telah menghadiri majlis itu. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >