Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Covid-19: 376 institusi pendidikan di Johor Bahru diarah tutup

Oct 30, 2020 | 11:12 PM



KUALA LUMPUR: Sebanyak 376 institusi pendidikan di Daerah Johor Bahru, Johor, yang merupakan Zon Merah diarah tutup selama dua minggu bermula dari Ahad (1 November) hingga 14 November.



Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan hari ini (30 Okt) memaklumkan institusi terlibat ialah sekolah rendah dan menengah di bawah KPM, Institusi Pendidikan Guru serta sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM.



Antara institusi pendidikan terlibat adalah 15 sekolah antarabangsa dan empat kolej vokasional, lapor laman media Astro AWANI.



“Daerah ini (Johor Bahru) telah disahkan sebagai Zon Merah Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).



“Ini (arahan penutupan) selaras dengan perutusan khas Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) pada 6 Okt berhubung keputusan kerajaan menutup sekolah di kawasan yang disahkan Zon Merah,” menurut kenyataan itu hari ini.



Menurut kenyataan itu, semua senarai sekolah dan institusi tersebut akan dikemas kini dari semasa ke semasa menerusi portal KPM di www.moe.gov.my dan di platform media sosial rasmi KPM.



KPM memaklumkan, sekolah dan institusi pendidikan yang mempunyai asrama juga ditutup dan ibu bapa atau penjaga perlu mengambil murid atau pelajar yang tinggal di asrama untuk pulang.



Bagaimanapun, bagi murid atau pelajar yang menunggu untuk diambil ibu bapa atau yang ingin terus kekal di asrama, sepanjang tempoh penutupan itu akan berada di bawah penjagaan warden asrama.



“Keperluan makan dan minum mereka sepanjang tempoh itu akan disediakan oleh pihak sekolah dan institusi berkenaan,” katanya. - Astro Awani




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >