Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Covid-19: Indonesia cari bekalan oksigen termasuk dari S'pura bagi tangani situasi genting virus

Jul 06, 2021 | 06:38 PM



JAKARTA: Indonesia kini bertarung dengan senario kes jangkitan Covid-19 harian paling teruk mencecah 40,000 kes. Lantaran itu, ia mempersiapkan diri dengan mengusahakan kemudahan kesihatan dan menempah bekalan oksigen daripada negara jiran termasuk Singapura.



Negara ini juga bergelut dengan usaha mengekang wabak ini daripada menular dan memastikan sistem jagaan kesihatan yang ada tidak runtuh kerana ketidakcukupan sumber dan kes yang kian meningkat.



Pada Selasa (6 Julai), Kementerian Kesihatan melaporkan 31,189 kes jangkitan Covid-19 baru dan 728 kematian - kedua-duanya menggambarkan angka yang meningkat secara harian.



Hingga kini, negara Asia Tenggara telah melaporkan sekitar 2,345,018 kes Covid-19 dan 61,868 kes kematian, menjadikan negara tersebut yang paling teruk dilanda wabak di rantau ini.



Dengan wabak ini dijangka semakin teruk, Menteri Penyelaras bagi Ehwal Maritim dan Pelabuhan, Encik Luhut Pandjaitan, memberitahu sidang media maya pada Selasa, Indonesia telah membuat persiapan menyeluruh berkenaan bekalan oksigen, perubatan dan kemudahan hospital.



Indonesia juga telah berhubung dengan Singapura, China dan sumber lain, tambah Encik Luhut.



"Kami telah menempah 10,000 unit penumpu oksigen dari Singapura dan beberapa irang dalam perjalanan menggunakan pesawat Hercules," tambahnya.



Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penumpu oksigen adaah alat perubatan berkuasa elektrik yang direka bagi menumpukan oksigen dari udara sekeliling.



Encik Luhut berkata oksigen yang dihasilkan daripada mesin ini boleh membantu kes Covid-19 lebih ringan. Pesakit dengan tanda jangkitan lebih serius seperti di unit jagaan rapi akan memerlukan oksigen perubatan yang sudah dialih daripada oksigen perusahaan.



"Kami telah membayangkan senario kes paling teruk. Jika kes di sini melebihi 40,000, apakah yang dapat kita lakukan tentang bekalan oksigen, perubatan dan keperluan hospital? Kita telah membuat perkiraan.



"Tapi harap tiada yang memperkecilkan usaha Indonesia mengurus masalah ini. Buat masa ini, kami mampu menanganinya. Jika jumlah kes mencecah 40,000 atau 50,000, kami sudah siapkan senario di mana kami tahu siapa yang boleh membantu kami," tambahnya.



Encik Luhut berkata, penginapan, prasarana termasuk bangunan yang tidak digunakan boleh diubah menjadi kemudahan pengasingan dalam senario kes paling teruk. - The Straits Times



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >