Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Covid-19: Indonesia lapor kematian pertama, jumlah kes 27

Mar 11, 2020 | 03:47 PM



JAKARTA: Indonesia pada Rabu (11 Mac) mengumumkan kematian pertama akibat jangkitan koronavirus.



"Pesakit itu sebelum ini sudah menghidap penyakit darah tinggi, hipertiroid dan penyakit radang paru-paru," kata seorang jurucakap pasukan khas Covid-19 negara itu, Encik Achmad Yurianto, sewaktu sidang media, lapor The Straits Times (ST).



"Beliau seorang wanita, 53 tahun, dan merupakan warga asing. Kedutaan negara beliau sudah dimaklumkan," tambah beliau. Beliau tidak memberitahu kewarganegaraan mangsa itu namun beliau mengatakan bahawa wanita itu meninggal dunia pada 2 pagi Rabu.



Sejauh ini, Encik Achmad menambah bahawa pemerintah Indonesia telah memeriksa seramai 736 orang hingga pagi Rabu dan jumlah keseluruhan kes positif di negara tersebut, termasuk mangsa yang terkorban itu kini mencecah 27 orang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >