Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Covid-19: Jangkitan varian Eris naik di AS, Eropah, Asia

Aug 15, 2023 | 11:04 AM



NEW YORK: Jangkitan dan jumlah pesakit dimasukkan ke hospital akibat Covid-19 di Amerika Syarikat, Eropah, dan Asia telah mencatat peningkatan yang dipercayai disebabkan oleh varian baru EG.5 yang juga dikenali sebagai ‘Eris’.


Varian itu merupakan subvarian daripada Omicron yang mula dikesan pada November 2021.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengkategorikan EG.5 atau Eris sebagai ‘varian berkepentingan’ (VOI) kerana mutasinya berpotensi membuat wabak ini lebih mudah berjangkit atau lebih serius.

Namun, WHO menyatakan bahawa pada masa ini, varian itu belum memberi ancaman serius kepada kesihatan awam dan tiada bukti yang menunjukkan peningkatan kes serius secara langsung disebabkan oleh EG.5.

Hingga 8 Ogos lalu, WHO telah merekodkan kehadiran EG.5 di lebih 50 negara dan varian itu telah menjadi subvarian paling banyak dan cepat merebak di Amerika.

Ia dianggarkan menyumbang kira-kira 17 peratus daripada kes Covid-19 di negara tersebut.

Data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika menunjukkan peningkatan lebih 40 peratus jumlah pesakit dimasukkan ke hospital akibat Covid-19 berbanding Jun sebelumnya.

Namun, angka ini masih lebih rendah daripada puncak penularan Omicron pada Januari tahun sebelumnya.

Jumlah virus yang dikesan dalam air kumbahan di sekitar Amerika turut meningkat secara signifikan sepanjang bulan lalu. Selain itu, jumlah pemberian mingguan ubat Paxlovid kepada pesakit Covid-19 juga telah meningkat dengan ketara.

Beberapa syarikat farmaseutikal terkemuka seperti Pfizer/BioNTech SE, Moderna dan Novavax telah membangunkan vaksin terbaru yang menyasarkan subvarian Omicron, termasuk XBB.1.5 dan EG.5.

Meskipun EG.5 memiliki satu mutasi pada protein induknya iaitu bahagian pada virus yang menjadi sasaran vaksin, data menunjukkan bahawa vaksin dan ubat Covid-19 masih berkesan terhadap virus ini walaupun dengan mutasi yang berlaku.

Pengarah CDC, Dr Mandy Cohen, dalam satu temu bual baru-baru ini menyatakan bahawa vaksin baru yang menyasarkan subvarian XBB.1.5 dan EG.5 dijangka akan tersedia secara meluas di Amerika menjelang minggu ketiga atau keempat Ogos.

Walaupun tidak memberi komen khusus tentang varian Eris, beliau menegaskan bahawa data setakat ini menunjukkan vaksin dan ubat Covid-19 masih berkesan melawan virus ini meskipun terdapat mutasi.

Pakar mendakwa varian baru itu tidak menunjukkan tanda lebih bahaya berbanding strain lain yang sedang menular termasuk varian Omicron. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >