Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Vaksinasi Covid-19 di 8 poliklinik mulai 1 Julai, tidak perlu buat janji temu

Jumlah poliklinik tawar vaksin dikurangkan daripada 23 demi selaras sumber menyusuli permintaan stabil, kata MOH
Jun 16, 2023 | 10:03 PM
TIDAK PERLU BUAT JANJI TEMU:  Mulai 1 Julai ini, sesiapa yang layak boleh mendapatkan vaksinasi Covid-19 tanpa membuat janji temu di lapan poliklinik.
TIDAK PERLU BUAT JANJI TEMU: Mulai 1 Julai ini, sesiapa yang layak boleh mendapatkan vaksinasi Covid-19 tanpa membuat janji temu di lapan poliklinik. - Foto fail

Suntikan vaksinasi Covid-19 hanya ditawarkan di lapan poliklinik mulai 1 Julai, dengan semua tempat menyediakan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech/Comirnaty bagi individu berusia 12 tahun dan ke atas.

Sebahagian klinik ini juga akan menawarkan vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty bagi mereka yang berusia antara lima tahun dengan 11 tahun, serta vaksin Moderna/Spikevax bagi mereka yang berusia enam bulan hingga empat tahun, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada 16 Jun.

Sehingga tarikh itu, vaksin Covid-19 masih disediakan di kesemua 23 poliklinik dan janji temu diperlukan untuk mendapatkan suntikan.

Namun mereka yang pergi ke lapan poliklinik yang ditetapkan mulai 1 Julai tidak lagi perlu membuat janji temu, kata MOH.

Sesiapa yang layak boleh pergi ke lapan poliklinik berikut untuk mendapatkan vaksinasi.

* Poliklinik Bukit Batok

* Poliklinik Eunos

* Poliklinik Geylang

* Poliklinik Kallang

* Poliklinik Pioneer

* Poliklinik Punggol

* Poliklinik Tampines

*Poliklinik Woodlands

MOH berkata langkah itu bertujuan menyelaras khidmat vaksinasi di poliklinik untuk mengpotimum sumber sedang Covid-19 menjadi endemik dan permintaan suntikan menjadi stabil.

Ia berkata: “Vaksinasi kekal penting dalam memastikan penduduk selamat daripada Covid-19.”

Ia menambah bahawa setiap orang yang layak digalak mendapatkan vaksinasi.

Bagi memastikan perlindungan baik terhadap penyakit teruk dan mencegah dimasukkan ke hospital sekiranya mereka dijangkiti penyakit itu, warga senja berusia 60 tahun dan ke atas, serta mereka yang lebih berisiko dijangkiti dari sudut perubatan, dinasihatkan untuk mengambil vaksin penggalak bivalen sekitar setahun seleaps menerima dos penggalak terakhir, kata MOH. Ini merujuk kepada vaksin penggalak bivalen yang dikemas kini.

Mereka boleh dapatkan satu suntikan lima bulan selepas dos penggalak terakhir mereka, ujar MOH, menambah.

Selain poliklinik, mereka yang layak juga boleh pergi ke sembilan pusat ujian dan vaksinasi bersama, atau hubungi Klinik Persiapan Kesihatan Awam untuk mendapatkan vaksinasi Covid-19 .

Mereka perlu membuat janji temu sebelum ke klinik.

Penduduk boleh lungsuri gowhere.gov.sg/vaccine untuk mengesan tapak vaksinasi terdekat dengan mereka untuk mengetahui waktu operasi mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg