PARIS: Wabak koronavirus telah meragut lebih dari 200,000 nyawa di seluruh dunia, dengan hampir 90 peratus dari Eropah atau Amerika Syarikat, menurut AFP awal pagi tadi berdasarkan angka rasmi.

Sehingga tiga pagi tadi (26 April), sebanyak 200,736 kematian telah dicatatkan, termasuk 122,171 dari Eropah, benua paling terjejas teruk sejak virus itu mula dikesan di China pada Disember lalu.

Sementara itu, Amerika Syarikat menyaksikan jumlah kematian tertinggi dengan 53,070, disusuli Italy yang mempunyai 26,384 kematian, Sepanyol (22,902), Perancis (22,614) dan United Kingdom (20,319). - AFP

Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti