KORONAVIRUS
Covid-19 kini dilaporkan di sehingga 60 negara
Kebimbangan turut meningkat mengenai kemungkinan berlakunya epidemik di Amerika
Mar 02, 2020 | 05:30 AM
JANGKITAN Covid-19 di serata dunia kini melepasi 87,100 dengan hampir 3,000 terkorban, kebanyakannya di China, sedang koronavirus itu merebak ke sekurang-kurangnya 60 negara.
China melaporkan peningkatan baru dalam jangkitan virus itu, sedang kebimbangan meningkat akan kemungkinan berlakunya epidemik di Amerika Syarikat yang melaporkan kematian pertamanya akibat virus itu kelmarin.