Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Covid-19: M'sia lapor 4,865 kes baru, tertinggi sejak Januari

May 18, 2021 | 09:28 PM



KUALA LUMPUR: Sebanyak 4,865 kes jangkitan Covid-19 baru dilaporkan di Malaysia pada Selasa (18 Mei), menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di sini adalah sebanyak 479,421 kes.



Angka ini adalah yang tertinggi dilaporkan sejak penghujung Januari.



Menerusi akaun Twitternya, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, memaklumkan jumlah kematian juga terus meningkat kepada 47 kes menjadikan jumlah kematian keseluruhan mencecah 1,994 kes.



Angka itu adalah jumlah kematian tertinggi yang baru dilaporkan di negara ini.



Pada Isnin (17 Mei), Malaysia turut merekodkan angka kematian tertinggi iaitu sebanyak 45 kes.



"Terdapat 47 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 18 kes di Selangor, masing-masing lima kes di Sarawak dan Pulau Pinang, masing-masing empat kes di Johor, Kuala Lumpur, dan Kelantan, tiga kes di Perak, dua kes di Pahang, serta masing-masing satu kes di Kedah dan Negeri Sembilan," katanya dalam kenyataan harian kes Covid-19 pada Selasa.



Dr Noor Hisham juga memaklumkan Selangor kekal merekodkan jumlah tertinggi kes positif dengan 1,743 kes.



Ia diikuti Sarawak dengan 512 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (477), Johor (407) dan Kelantan (406).



Beliau juga memberitahu sebanyak 3,497 kes sembuh baru direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 432,600 kes.



Manakala jumlah kes aktif pula sebanyak 44, 827 kes dengan 531 individu menerima rawatan di Unit Jagaan Rapi (ICU) manakala 277 pesakit pula memerlukan bantuan alat pernafasan.



Dr Noor Hisham, dalam kenyataannya, berkata varian baru Covid-19 adalah sebahagian punca meningkatnya secara mendadak kes baru dan kes kematian.



"Ini adalah kerana varian baru yang menjadi keprihatinan dikaitkan dengan kadar jangkitan lebih tinggi dan kadar kematian lebih tinggi," katanya sambil menggesa orang awam agar duduk di rumah dan elak daripada mengembara atau menghadiri perhimpunan sejajar dengan perintah kawalan pergerakan serata negara yang dilaksanakan kerajaan.



Menurutnya lagi, sistem kesihatan Malaysia kini menangani lebih 40,000 kes aktif dan berada dalam keadaan sangat tertekan.



Bilangan jangkitan yang meningkat juga menimbulkan tekanan buat pihak berkuasa agar mempercepatkan proses vaksinasi di Malaysia dengan beberapa negeri meninjau kemungkinan membenarkan majikan sektor swasta untuk membeli dos suntikan buat kakitangan mereka.



Pulau Pinang telah bertanya kepada Kementerian Kesihatan Malaysia agar mempertimbangkan lagi permintaannya dan memberi kebenaran untuk menerima dua juta dos suntikan daripada syarikat swasta.



Ketua Menteri Pulau Pinang, Encik Chow Kon Yeow, berkata kementerian dalam surat bertarikh 12 Mac telah menolak permintaan pihaknya untuk membolehkan sebuah syarikat menaja vaksin.



Beliau terkejut kerana kebenaran dikatakan diberi kepada negeri lain termasuk Selangor untuk membeli vaksin tersebut.



"Kami telah menulis surat bertarikh 24 Februari yang meminta kebenaran mendapatkan vaksin dari China yang ditaja syarikat swasta sebagai sebahagian program tanggungjawab sosial korporat yang digerakkannya.



"Namun, pihak kementerian menolak tawaran itu dengan menyatakan Program Imunisasi Kebangsaan mengikut jadual dan Pulau Pinang adalah sebahagian daripada program ini. Lantaran itu, tidak perlu bagi tajaan vaksin tersebut," tambah Encik Chow dalam satu sidang akhbar pada Selasa.



Menurutnya, jika dibenarkan menerima vaksin tajaan itu, Pulau Pinang dapat memberi vaksinasi buat 80 peratus penduduknya manakala vaksin buat Pulau Pinang yang diperuntukkan dalam program imunisasi itu boleh diberi kepada negeri lain. - The Star/Asia News Network/Astro Awani



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >