Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Covid-19: Pelancong ke Thailand dari 9 negara, termasuk S'pura dinasihat asingkan diri selama 2 minggu

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Covid-19: Pelancong ke Thailand dari 9 negara, termasuk S'pura dinasihat asingkan diri selama 2 minggu

Mar 04, 2020 | 04:37 PM

BANGKOK: Pengunjung ke Thailand dan warga negara itu yang pulang ke tanah air dari sembilan negara yang ditimpa wabak koronavirus, termasuk Singapura, dinasihatkan untuk mengasingkan diri selama dua minggu.

Mereka juga dinasihatkan melaporkan keberadaan mereka kepada pihak berkuasa Thailand, kata pihak kesihatan Thailand pada Rabu (4 Mac).

Menurut media Thailand, mereka yang melanggar peraturan kuarantin itu boleh dipenjara selama satu tahun atau dikenakan denda hingga 100,000 baht ($4,300) atau kedua-duanya, lapor The Straits Times.

Lapan negara lain yang diisytiharkan sebagai tempat 'berisiko tinggi' oleh Kementerian Kesihatan Thailand adalah China (termasuk Hong Kong dan Macau), Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Jerman, Perancis, Italy dan Iran.

Pengunjung yang gagal memberi alamat yang sah di Thailand juga akan disuruh pulang ke negara asal mereka, kata seorang jurucakap Kementerian Kesihatan Awam, Encik Taweesilp Wisanuyotin.

Undang-undang baru ini akan berkuat kuasa setelah semakan dijalankan bagi negara dan tempat berisiko tinggi, dan kemudian diterbitkan dalam warta diraja Thailand.
 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3