Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Covid-19: Pembelian panik naikkan harga bahan jamu di Indonesia

Mar 04, 2020 | 12:46 PM



JAKARTA: Sedang penduduk Jakarta merebut peluang untuk membeli bekalan ubat di kedai runcit setelah negara itu mengesahkan kes koronavirus pertamanya minggu ini, warga di wilayah lain bertindak dengan membeli herba serta tumbuhan perubatan yang dipercayai dapat mencegah jangkitan virus.



Pembelian secara panik itu telah menjejas perniagaan peruncit ubat tradisional atau jamu, yang kini mengadu harga bagi bahan-bahan utama, seperti halia merah untuk membuat minuman tradisional, telah meningkat, lapor The Jakarta Post.



"Harga bagi halia merah paling terjejas di mana harganya kini telah naik daripada 30,000 rupiah ($2.94) sekilo kepada 50,000 rupiah sekilo. Harga bagi kencur juga naik daripada 35,000 rupiah sekilo kepada 42,000 rupiah dan bagi temulawak pula, yang sebelum ini berharga 4,000 rupiah sekilo kini berharga 12,000 rupiah," kata Cik Sumini, seorang penjual jamu di Colomadu, kabupaten Karanganyar di Jawa Tengah.



Bahan-bahan itu merupakan bahan utama empon-empon, sejenis rempah ratus yang digunakan untuk membuat minuman herba yang popular setelah satu kajian oleh Universiti Airlangga mendapati bahawa minuman tradisional itu boleh mempertingkat imuniti seseorang daripada dijangkiti penyakit. - The Jakarta Post/Asia News Network.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >