Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: Penduduk Gujarat 'bingit' lempar batu; hadapi tembakan gas pemedih mata

May 9, 2020 | 11:00 AM
TIDAK PUASHATI: Anggota polis dan paratentera menahan seorang lelaki yang terlibat dalam melempar batu sebagai tanda tidak puas hati kerana diarahkan menjalani perintah berkurung lebih ketat bagi membendung penularan koronavirus di daerah Shahpur, Ahmedabad, ibu kota negeri Gujarat, barat India.
TIDAK PUASHATI: Anggota polis dan paratentera menahan seorang lelaki yang terlibat dalam melempar batu sebagai tanda tidak puas hati kerana diarahkan menjalani perintah berkurung lebih ketat bagi membendung penularan koronavirus di daerah Shahpur, Ahmedabad, ibu kota negeri Gujarat, barat India. - - Foto: AFP

AHMEDABAD: Beberapa penduduk yang tidak berpuashati dengan langkah perintah berkurung lebih ketat di Ahmedabad, bandar terbesar di barat India, di negeri Gujarat, telah melempar batu dan menghadapi tembakan pemedih mata pihak berkuasa semalam.

Pihak berkuasa bandar itu telah memerintahkan semua kedai, termasuk yang menjual susu dan ubat-ubatan, untuk tutup sehingga 15 Mei ini, lebih ketat dari yang dilaksanakan pemerintah pusat sehingga 25 Mac lalu, dalam usaha membendung penularan koronavirus.

Pertempuran meletus di daerah Shahpur, Ahmedabad apabila polis dan paratentera cuba melaksanakan perintah berkurung, mengarahkan penduduk kekal di dalam rumah.

"Ada diantara mereka tidak berpuashati, dan mula melempar batu ke atas pihak berkuasa," kata pesuruhjaya polis bandar itu, Ashish Bhatia yang ditukil agensi berita Reuters.

"Polis melepaskan tembakan pemedih mata bagi menyuraikan orang ramai. Keadaan masih terkawal," katanya.

Siaran televisyen tempatan menunjukkan orang ramai bertempiaran apabila dihalau polis dan pasukan paratentera. Bhatia berkata, seorang anggota polis cedera dan lapan orang telah ditahan. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg