Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

COVID-19: Tentera dikerah mulai Ahad; tapi bukan perintah darurat

Mar 20, 2020 | 02:30 PM



KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia akan mengerahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mulai Ahad (22 Mac) dalam usaha mengurangkan pergerakan rakyat. Bagaimanapun ini bukan satu perintah darurat, lapor Berita Harian Malaysia.



Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan yakin rakyat akan lebih mematuhi perintah kawalan pergerakan dengan bantuan tentera.


"Kita berharap rakyat terus patuh arahan tentera. Dari laporan pihak polis, jelas nampak ada peningkatan dari segi pematuhan rakyat. Kita ucap terima kasih kepada rakyat.



"Bagaimanapun, masih terdapat insiden ramai tidak mempedulikan arahan pihak kerajaan dan arahan polis. Pada peringkat awal ini, kita hanya nasihat dan tindakan berhemah dilakukan.



"Kalau akhirnya sampai tahap tidak boleh kompromi, maka tindakan undang-undang akan digunakan," katanya di satu sidang media pada Jumaat (20 Mac).


Datuk Ismail turut menafikan penyebaran berita kononnya beliau akan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong supaya perintah darurat dilaksanakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >