Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Covid-19: Hanya 6 katil ICU yang tinggal di kota AS dengan 2.4 juta penduduk

Aug 08, 2021 | 06:23 PM



AUSTIN, TEXAS: Dengan jumlah katil di Unit Jagaan Rapi (ICU) kini merosot kepada satu angka sahaja, kota Austin dikejutkan dengan keadaan pandemik Covid-19 yang kian mengganas.



Ia justeru itu menggunakan sistem amaran kecemasannya bagi memberitahu penduduk Texas bahawa kota itu kini dilemaskan oleh situasi koronavirus.



Kawasan Austin dengan penduduk seramai 2.4 juta kini hanya mempunyai enam katil ICU, jelas data kesihatan Texas. Kini tinggal sejumlah 313 alat pernafasan.



"Situasinya kritikal," jelas Pengarah Perubatan Kesihatan Awam, Desmar Walkes, dalam kenyataan pada Sabtu, memberi amaran satu bencana akan berlaku. Penduduk dimaklumkan tentang keadaan itu menerusi pesanan teks, e-mel dan panggilan telefon.



"Hospital kami kini amat tertekan dan tidak banyak yang dapat kami lakukan bagi meringankan bebanan kes yang bertambah," ujarnya.



Amaran ini datang dua hari setelah jabatan kesihatan kota Austin melepasi kadar risiko pada peringkat tertinggi di Tahap 5 kerana varian mudah menjangkiti Delta yang mendesak penduduk agar mendapatkan vaksinasi segera, duduk sahaja di rumah dan menggunakan pelitup walaupun mereka sudah divaksin.



Tahap risiko dipertingkatkan selepas kadar purata pergerakan tujuh hari bagi kemasukan hospital baru bertambah lebih daripada 600 peratus sepanjang bulan lalu sementara pesakit ICU pula bertambah 570 peratus.



Pesakit Covid-19 yang menggunakan alat pernafasan juga bertambah kepada 102 kes sehingga Sabtu daripada setakat lapan kes pada 4 Julai, jelas jabatan kesihatan. Lebih banyak kes dijangka menggunakan alat pernafasan apabila kes di Austin meningkat 10 kali ganda.



"Ketersediaan katil hospital dan jagaan kritikal sangat terbatas dalam sistem hospital kami," jelas Dr Walkes, yang meminta penduduk agar membantu menghindarkan bencana ini.



Tambahan kes juga serata negara. Jangkitan baru di Amerika telah memantul lebih daripada 100,000 kes sehari secara purata, kembali pada tahap tambahan mendadak kes sewaktu musim sejuk enam bulan lalu.



Kes mingguan pada Jumaat juga melepasi 750,000 kes, paling banyak sejak awal Februari, menurut data yang dikumpulkan Universiti John Hopkins dan agensi berita Bloomberg.



Bilangan kes bertambah sedang tahap vaksinasi di Amerika mula meningkat selepas berbulan jumlahnya merosot.



Jumlah kematian harian purata yang dilaporkan juga bertambah lebih seganda sepanjang bulan lalu walaupun kekal jauh di bawah kadar kes musim sejuk lalu dengan pakar jagaan kesihatan memberi amaran tahap jangkitan baru ini boleh menyebabkan mutasi yang memudaratkan.



"Situasinya kian merudum," kata ketua penasihat perubatan kepada Presiden Amerika, Encik Joe Biden, dalam satu wawancara Bloomberg Quicktake awal minggu ini.



Beliau juga menyebut Texas dan Florida sebagai dua negeri yang menyebabkan jumlah kes di Amerika berada pada tahap agak tinggi - seperti membentuk 40 peratus jangkitan.



Texas, dengan jumlah penduduk seramai 29 juta orang, mempunyai 439 katil ICU yang belum terisi dan 6,991 alat pernafasan.



Kawasan Houston dengan penduduk 6.7 juta orang pula hanya mempunyai 41 katil ICU yang tinggal manakala kawasan Dallas yang lebih besar mempunyai lebih lapan juta orang dan 110 katil ICU yang tinggal.



Jumlah jangkitan yang bertambah sebanyak 23,096 kes di Texas pada Jumaat adalah yang paling banyak sejak Februari serta 11,072 kes lagi pada Sabtu. - Agensi Berita



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >