Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Cuaca tak menentu jejas hasil sayur di Cameron Highlands

Feb 09, 2023 | 05:30 AM



IPOH: Cuaca tidak menentu telah menjejaskan pengeluaran sayur-sayuran di Cameron Highlands Malaysia, menyebabkan kekurangan dan harga yang meningkat dua kali ganda.



Setiausaha Persatuan Penanam Sayur Cameron Highlands, Encik Chay Ee Mong, berkata tempoh Januari hingga Mac biasanya menyaksikan cuaca kering di tanah tinggi.



Sebaliknya, hujan turun hampir setiap hari.



Kini terdapat kekurangan tomato, cili, bendi, kacang panjang dan terung, antara lain, katanya.



"Selepas musim tengkujuh, cuaca sepatutnya baik untuk sayur-sayuran tumbuh, tetapi iklim basah, mendung dan suhu rendah yang berpanjangan menjejaskan tanaman.



"Tidak dinafikan tanaman berbunga tetapi tidak berbuah kerana cuaca. Anggaran pengeluaran susut sebanyak 50 peratus," katanya ketika dihubungi The Star.



Encik Chay berkata sayur-sayuran berdaun itu juga tidak berkualiti.



"Permintaan ada tetapi bekalannya rendah. Dengan banjir di Pahang dan Johor, rantaian bekalan juga semakin teruk.



"Harga beberapa sayuran telah meningkat antara 40 peratus dan lebih daripada 100 peratus," ujar Encik Chay.



Beliau berkata tanaman itu telah terjejas oleh kelembapan tinggi dan penyakit yang menyebabkan kegagalan tanaman atau mengurangkan kualitinya.



Encik Chay berkata isu lain seperti kekurangan buruh, tanah tidak mencukupi dan kekurangan subsidi tidak meredakan keadaan penanam sayur.



"Saya hanya berharap agar cuaca menjadi lebih baik untuk pengeluaran kembali normal," tambahnya.



Terdahulu, Pengerusi Persekutuan Penanam Sayur-Sayuran Malaysia, Encik Lim Ser Kwee, berkata hujan lebat yang berterusan menjejaskan ladang sayuran di Johor, Pahang dan Perak sekali gus menyebabkan harga bahan mentah itu melonjak lebih 100 peratus di kawasan terjejas.



Katanya, hujan lebat berterusan sejak akhir Disember hingga minggu lalu itu menyebabkan pengeluaran hasil sayuran turut terjejas teruk dengan beberapa jenis sayuran kekurangan bekalan.



"Dijangkakan harga sayuran akan kembali normal hujung bulan ini selepas musim hujan lebat yang menjejaskan pengeluaran sayuran berakhir nanti," katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >