Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dadah bentuk gula-gula: Thailand keluar amaran

Feb 6, 2024 | 12:38 PM
Dadah dalam bentuk gula-gula yang lebih dikenali dengan nama ‘party lollipop’ atau ‘drunk lollipop’ dijual secara terbuka di saluran media sosial di Thailand.
Dadah dalam bentuk gula-gula yang lebih dikenali dengan nama ‘party lollipop’ atau ‘drunk lollipop’ dijual secara terbuka di saluran media sosial di Thailand. - Foto THE NATION/ASIA NEWS NETWORK

BANGKOK: Ibu bapa dinasihatkan agar kekal berwaspada, berikutan jenis dadah baru dalam bentuk gula-gula yang kian popular di kalangan golongan muda dan pengunjung tempat hiburan di Thailand.

Demikian dinyatakan Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik (ONCB) dalam satu kenyataan pada 2 Februari.

Menurut setiausaha agung ONCB, Leftenan Jeneral (LG) Phanurat Lakboon, dadah tersebut lebih dikenali sebagai ‘party lollipop’ atau ‘drunk lollipop’ dan dijual secara terbuka di saluran media sosial.

Susulan itu, ONCB sedang melaksanakan tindakan keras terhadap penggunaan dadah sedemikian.

Beliau menambah hasil ujian terhadap empat variasi ‘gula-gula’ terbabit oleh Institut Analisis dan Perkhidmatan Teknikal Narkotik ONCB, mendapati salah satu daripadanya mengandungi nimetazepam dan tramadol, dua mengandungi ketamin dan tramadol, dan terakhir mengandungi flunitrazepam.

Beliau berkata: “Ramuan ini sangat dikawal, bahan psikotropik Kategori 2, dan mesti ditetapkan oleh doktor di institut bertauliah sahaja.

“Ia boleh menyebabkan halusinasi, sesak nafas dan kematian.”

Beliau menjelaskan pihak berkuasa sebelum ini telah membanteras dadah serupa tetapi dalam bentuk serbuk, bertujuan untuk dicampur dengan kopi atau minuman beralkohol.

Beliau memberi amaran bahawa individu yang memiliki bahan psikotropik Kategori 2 untuk jualan atau pengedaran awam boleh dipenjara sehingga 15 tahun atau denda sehingga 1.5 juta baht ($56,500).

Mereka yang didapati bersalah mengiklankan dadah ini melalui saluran awam seperti media sosial juga boleh dipenjara sehingga dua tahun, denda 200,000 baht, atau kedua-duanya sekali.

Encik Phanurat menasihati ibu bapa untuk memeriksa gula-gula apa yang dibeli anak-anak mereka kerana ada yang mungkin telah membeli lolipop dadah itu tanpa mengetahui kesannya.

Beliau turut menggesa orang ramai memerhatikan tingkah laku anggota keluarga, terutama jika mereka kerap keluar malam atau mengunjungi tempat hiburan. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg