Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

3 warga S’pura ditahan edar dadah bernilai $470,000

Jan 31, 2024 | 5:03 PM
Dadah dirampas dari kenderaan di Havelock Road pada 29 Januari.
Dadah dirampas dari kenderaan di Havelock Road pada 29 Januari. - Foto CNB

Tiga warga Singapura ditahan pada 29 Januari kerana disyaki mengedar dadah dengan anggaran nilai $470,000.

Dadah yang dirampas termasuk 2,602g ganja dan 842g Ice, yang boleh memenuhi keperluan kira-kira 850 penyalah guna dadah selama seminggu, kata Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam satu kenyataan pada 31 Januari, lapor The Straits Times.

Suspek pengedar dadah – dua lelaki dan seorang wanita – ditahan dalam dua operasi berasingan.

Pada lewat petang 29 Januari, pegawai CNB menggeledah kereta di Havelock Road dan menemui 955g ganja, 166g Ecstasy, 138g Ice, 24g ketamin, 160 tablet Erimin-5, 107 cop LSD dan lima botol cecair yang disyaki mengandungi GHB (gamma-hydroxybutyrate).

Nilai dadah yang dirampas adalah sekitar $118,000 dan drebar kereta itu, seorang lelaki berusia 35 tahun, telah ditahan.

Dalam operasi lain pada hari yang sama, pegawai CNB menyerbu unit kediaman di kawasan Bedok Resevoir Road dan menahan seorang lelaki berusia 35 tahun dan seorang wanita berusia 23 tahun.

Para pegawai merampas 1,647g ganja, 704g Ice, 346 tablet dan 332g Ecstasy, 22g ketamin dan 11g kokain daripada unit berkenaan.

Dadah itu bernilai kira-kira $352,000.

Ia merupakan satu kesalahan bagi seseorang – atas nama dirinya sendiri atau atas nama orang lain, sama ada orang tersebut berada di Singapura atau tidak – untuk mengedar dadah terkawal atau menawarkan untuk mengedar dadah terkawal, kata CNB.

Ia juga merupakan satu kesalahan untuk menjalankan atau menawarkan untuk melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan atau bertujuan mengedar dadah terkawal.

Sesiapa yang didapati bersalah mengedar lebih daripada 250g Ice atau 500g kanabis boleh menghadapi hukuman mati wajib.

CNB berkata siasatan sedang dijalankan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg