Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Dadah bernilai lebih RM1.8j dirampas daripada geng but kereta

Oct 24, 2023 | 11:03 AM



GEORGETOWN: Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin, berkata dadah dan barangan berkaitan bernilai RM1.87 juta ($0.53 juta) dirampas selepas polis mengesan satu makmal dadah dan melumpuhkan sindiket itu.


Sindiket but kereta itu dipercayai beroperasi sejak awal 2023 dan dadah itu diedar untuk pasaran tempatan serta dikaitkan dengan sindiket dari negeri lain.

Empat ditahan manakala satu makmal heroin dan syabu dikesan dalam enam serbuan dalam operasi terancang.

Datuk Khaw berkata suspek berusia antara 27 hingga 33 tahun itu dipercayai menjadikan sebuah banglo dua tingkat di Teluk Kumbar, sebagai tempat memproses dadah.

Katanya, suspek pertama berusia 27 tahun itu ditahan pada Jumaat sekitar 9.10 malam di tepi jalan di Tanjong Tokong dan dipercayai dalang sindiket memproses dan mengedar dadah.

“Selepas ditahan, suspek menyerahkan serangkai kunci membawa kepada penemuan 26 bungkusan plastik kuning berisi dadah dalam bonet belakang kereta yang diletakkan di Jalan Macallum,” katanya.

Datuk Khaw berkata susulan penahanan lelaki itu, pihaknya menyerbu sebuah banglo berpagar sekitar 7.15 malam pada Sabtu lalu dan mendapati ia tidak berpenghuni.

Katanya, suspek kedua ditahan di Gelugor sekitar 12.20 tengah malam Sabtu lalu manakala suspek ketiga dan keempat, masing-masing ditahan di Lebuh Sungai Pinang kira-kira 1 pagi hari sama.

Menurutnya, susulan penahanan suspek itu, pihaknya menemui dadah jenis heroin dan syabu yang disorok di dalam pelbagai jenis kereta di kawasan letak kenderaan tidak jauh dari tempat mereka ditahan.

“Keseluruhan rampasan dadah dianggarkan berjumlah RM1.87 juta. Ia merangkumi 49 ketul heroin `base` bernilai RM1.59 juta, 87 bungkusan dadah jenis heroin bernilai RM194,000, 1.57 kilogram (kg) syabu bernilai RM49,700 dan 94.4 kg serbuk kafein bernilai RM32,000.

“Modus operandi sekarang ialah barang tersebut (dadah) mereka letak dalam kereta yang diletak di satu tempat. Jadi bila mereka tengok tiada apa-apa, baru mereka bawa atau pembeli sendiri datang ambil.

“Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas ini boleh digunakan seramai 1,227,000 penagih atau 1,227,000 kali penggunaan. Polis percaya mereka mempunyai rangkaian dengan sindiket dadah dari negeri lain,” katanya.

Datuk Khaw berkata pihaknya turut menyita pelbagai barangan kemas berupa rantai leher, subang dan cincin bernilai RM32,435, wang tunai RM1,660, enam kereta pelbagai jenis dan dua motosikal selain merampas peralatan dan bahan kimia yang digunakan untuk memproses dadah. – BHM, The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >