Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Dakwa difitnah: Calon BN buat laporan polis

Nov 09, 2022 | 05:30 AM



SUNGAI BESAR (Selangor): Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, membuat laporan polis terhadap seorang ahli politik yang didakwa memfitnahnya menerusi poster yang dimuat naik laman Twitter.



Peguam yang mewakili Jamal, Datuk Mohd Imran Tamrin, berkata poster kempen itu dilihat menyemarakkan sentimen perkauman selain berpotensi menggugat ketenteraman awam dan berunsur hasutan.



"Kenyataan dimuat naik ahli politik terbabit menggunakan poster kempen semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar pada 2016 jelas berbentuk fitnah yang menyentuh peribadi Jamal.



"Perkara ini (papan iklan berunsur rasis) sudah dijelaskan Jamal beberapa kali semasa kempen PRK Parlimen Sungai Besar kerana ia jelas berniat jahat," katanya pada sidang media di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam, di sini, kelmarin.



Datuk Mohd Imran berkata hantaran itu dilihat berniat jahat dan mengambil kesempatan sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >