Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dakwaan salah laku seksual, perkauman: McDonald’s mohon maaf

Jul 19, 2023 | 2:37 PM
MOHON MAAF:  Ketua McDonald’s di Britain memohon maaf selepas stesen Perbadanan Penyiaran British (BBC) melaporkan dakwaan salah laku seksual, perkauman dan buli oleh kakitangan di syarikat makanan segera terbesar itu.
MOHON MAAF:  Ketua McDonald’s di Britain memohon maaf selepas stesen Perbadanan Penyiaran British (BBC) melaporkan dakwaan salah laku seksual, perkauman dan buli oleh kakitangan di syarikat makanan segera terbesar itu. - Foto EPA-EFE

LONDON: Ketua McDonald’s di Britain memohon maaf selepas stesen Perbadanan Penyiaran British (BBC) pada Selasa melaporkan dakwaan salah laku seksual, perkauman dan buli oleh kakitangan di syarikat makanan segera terbesar itu.

Lebih 100 bekas dan pekerja semasa syarikat Amerika Syarikat itu membuat dakwaan tersebut, menurut siaran BBC, selepas ia mula menyiasat pada Februari.

Ini selepas McDonald’s menandatangani perjanjian yang mengikat secara sah dengan Suruhanjaya Kesaksamaan dan Hak Asasi Manusia (EHRC) Britain, berjanji untuk melindungi kakitangan daripada gangguan seksual.

“Setiap seorang daripada 177,000 pekerja di McDonald’s Britain layak bekerja di tempat kerja yang selamat, hormat dan inklusif,” kata ketua eksekutif Encik Alistair Macrow kepada BBC sebagai respons kepada dakwaan itu.

“Terdapat keadaan yang jelas kami telah gagal dan untuk itu kami memohon maaf yang mendalam,” tambahnya.

Beliau menambah bahawa “semua pelanggaran kod kelakuan kami yang terbukti, akan dikenakan tindakan paling berat yang boleh kami kuatkuasakan secara sah, termasuk pemecatan”.

Suruhanjaya itu menyatakan ia prihatin dengan dakwaan itu, yang akan dikaji “dalam konteks perjanjian undang-undang semasa kami dengan McDonald’s untuk menangani gangguan seksual terhadap kakitangan di restorannya”. – AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg