Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dana haram kempen pilihan raya Indonesia diarah disiasat

Dec 20, 2023 | 01:40 PM



JAKARTA: Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo atau Jokowi mengarahkan agensi penguatkuasaan supaya membuat susulan terhadap penemuan Pusat Laporan dan Analisis Transaksi Kewangan (PPATK) berhubung dana kempen haram.


Beliau menegaskan dana haram yang keluar menjelang pilihan raya 2024, perlu disiasat secara menyeluruh.

Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) sebelum ini menerima surat PPATK mengenai penemuan transaksi mencurigakan berjumlah 500 bilion rupiah ($42.8 juta) berkaitan pilihan raya.

Dalam kenyataannya, PPATK berkata transaksi itu berpotensi digunakan untuk membeli undi, yang memudaratkan demokrasi.

“Semuanya mesti dilakukan mengikut peraturan yang ada,” kata Encik Jokowi di Baranangsiang, Kota Bogor, pada 19 Disember.

“Mengikut peraturan, akan ada prosedur undang-undang,” ujarnya seperti yang dipetik oleh akhbar Tempo.


PPATK telah mengesan transaksi yang mencurigakan dalam lebih 6,000 akaun peserta pilihan raya dan pentadbir parti bernilai trilion rupiah.

Wang itu disyaki datang daripada kegiatan jenayah, seperti perlombongan haram, pencerobohan hutan, penyeludupan hidupan liar, dan pengubahan wang haram.

PPATK juga mendedahkan dana kempen yang diperoleh daripada penyalahgunaan kemudahan kredit Bank Perkreditan Rakyat (BPR) di wilayah Jawa Tengah.

Sebahagian daripada wang itu disyaki disalurkan kepada Koperasi Garudayaksa Nusantara (KGN), yang dicetuskan oleh calon presiden, Encik Prabowo Subianto.

Encik Sudaryono, pengerusi parti Gerindra Jawa Tengah dan setiausaha KGN, menangkis dakwaan itu.

“Ia adalah fitnah yang sangat serius bahawa KGN dan PT Boga Halal Nusantara dan PT Panganjaya Halal Nusantara menerima dana daripada BPR Jepara Artha,” katanya.

Para calon dikehendaki memberikan laporan dana kempen awal dan akaun dana kempen khas (RKDK) kepada KPU Indonesia selewat-lewatnya 14 hari selepas mereka disahkan sebagai calon pilihan raya, menurut laman web suruhanjaya itu.

Akaun RKDK untuk parti-parti berkempen mesti diserahkan sebelum tempoh berkempen, yang bermula pada 28 November dan ditutup selepas pengiraan undi berakhir.

Penemuan itu terbongkar sebelum lebih 204 juta rakyat Indonesia keluar mengundi pada 14 Februari 2024, dalam apa yang disifatkan sebagai pilihan raya terbesar di dunia.

Selain presiden dan naib presiden baru, rakyat Indonesia juga akan memilih kira-kira 20,000 penggubal undang-undang dan anggota majlis di peringkat nasional dan wilayah. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >