Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PEMBUBARAN PARLIMEN MALAYSIA

DAP: Calon Parlimen parti diberi keutamaan berbanding calon negeri

Oct 11, 2022 | 05:30 AM



GEORGE TOWN: Parti yang memerintah Pulau Pinang, Parti Tindakan Demokratik (DAP), bermesyuarat petang semalam bagi membincangkan tindakan yang akan diambil jawatankuasa DAP negeri, susulan pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, petang semalam.



Pengerusinya, Encik Chow Kon Yeow, berkata antara isu yang akan diteliti adalah sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) itu akan dibubarkan serentak dengan pembubaran Parlimen, menimbangkan keputusan sebelum ini untuk tidak menganjurkan pilihan raya ketika musim hujan, dan membincangkan isu calon di peringkat Parlimen.



Bercakap kepada media ketika ditemui semasa meninjau projek naik taraf pintu gerbang Little India, Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan mewakili parti itu di peringkat Parlimen adalah menjadi keutamaan berbanding calon negeri.



"Memandangkan pelbagai gerak geri (kelihatan) sejak minggu lepas serta makluman di media sosial, ia menunjukkan hari ini (bubar Parlimen) berlaku juga," katanya.



Encik Chow turut melahirkan rasa kesal dengan keputusan membubarkan Parlimen menjelang musim tengkujuh yang akan membawa hujan lebih lebat kepada negara.



Sebelum ini, dilaporkan bahawa Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Negeri Sembilan telah berkata bahawa mereka tidak akan mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum.



Pulau Pinang mempunyai 13 kerusi Parlimen, Kedah (15), Selangor (22), dan Negeri Sembilan (8), yang akan dipertandingkan.



Sementara itu, anggota veteran DAP, Encik Lim Kit Siang, menyifatkan PRU15 sebagai medan pertempuran antara masa lampau dan hadapan, selain platform bagi orang ramai untuk memilih yang terbaik untuk negara ini.



Penyandang kerusi Parlimen Iskandar Puteri itu berkata PRU15 akan datang antara lain akan menentukan sama ada Malaysia menjadi negara kleptokrasi dan gagal seperti Sri Lanka, atau menjadi negara majmuk hebat bertaraf dunia.



Rakyat, katanya, perlu memilih sama ada mahu melihat Malaysia mundur ke masa lampau atau memberanikan diri untuk membina masa depan yang baru.



Ia katanya, boleh direalisasikan dengan menetapkan semula dan mengembalikan negara kepada prinsip serta dasar asas pembinaan negara yang sudah diterapkan dalam Perlembagaan dan Rukun Negara.



"Pilihannya tidaklah mudah kerana politik toksik dan perkauman telah meracuni landskap politik Malaysia dalam enam dekad setengah yang lalu, akan muncul menunjukkan sisi terburuknya pada era maklumat masa kini dengan berita palsu dan fitnah diterbitkan sekelip mata.



"Namun, keadaannya tidaklah penuh suram dan tanpa harapan," katanya mengulas pengumuman pembubaran Parlimen semalam. - BHM, The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >