Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

DAP lulus resolusi pelihara kedudukan istimewa Melayu, Islam

Sep 11, 2023 | 01:41 PM



PUTRAJAYA: Persidangan Parti Tindakan Demokratik (DAP) 2023 pada Ahad lalu meluluskan sembilan resolusi termasuk mengulangi komitmennya seperti dinyatakan dalam Deklarasi Shah Alam pada 8 Januari 2012 berkaitan hak keistimewaan Melayu, kedudukan Islam dan bahasa Melayu.


Berdasarkan kandungan resolusi itu, DAP menyatakan kewajipan buat ahli dan pemimpinnya untuk mempertahan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara dan menghormati semangat Perlembagaan Merdeka 1957 serta Perjanjian Malaysia 1963.

Turut diluluskan, ketetapan untuk mempertahankan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara dan Raja-Raja Berperlembagaan bagi Negeri-negeri.

“Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta melindungi hak dan kepentingan sah kaum serta masyarakat lain seperti termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Melindungi kedudukan istimewa Islam sebagai agama Persekutuan, selain melindungi kebebasan agama lain untuk diamalkan dengan aman dan damai serta tanpa gangguan, seperti termaktub dalam Perkara 3 dan 11 Perlembagaan Persekutuan,” kata resolusi pertama di bawah topik ‘Impian Malaysia’.

Senarai resolusi itu dibacakan Setiausaha Persidangan DAP 2023 yang juga Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Encik Steven Sim Chee Keong, pada penghujung persidangan itu.

Turut terkandung dalam resolusi pertama itu, DAP wajib memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

“Pada masa sama, mengiktiraf dan mempertahan hak masyarakat lain untuk bertutur, mengajar dan mempelajari bahasa masing-masing. (Selain itu) mengangkat semangat perkongsian sama rata dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan memperjuangkan hak rakyat Sabah dan Sarawak,” katanya, dipetik Berita Harian Malaysia.


Selain itu, kongres juga meluluskan resolusi DAP, menolak sebarang tekanan campur tangan dalam proses undang-undang pendakwaan dan perbicaraan di mahkamah bagi mana-mana individu.

Resolusi lain yang diluluskan kongres adalah ekonomi Malaysia yang madani; pemerkasaan wanita dan menghentikan diskriminasi berasaskan jantina; menggembleng tenaga muda; kemampuan untuk masa depan serta media sosial dan penyampaian maklumat.

Resolusi terakhir yang diluluskan berkaitan Pakatan Harapan (PH) dan Kerajaan Perpaduan, yang mana DAP menyatakan komitmen berterusan kepada kerajaan diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi membina semula Malaysia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >