Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

DBKL diarah tinjau secara berkala premis niaga untuk banteras isu pekerja pendatang asing tanpa izin

Dec 23, 2023 | 02:55 PM



KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarahkan untuk melakukan tinjauan dan pemantauan berkala terhadap premis perniagaan di sekitar ibu kota.


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata tindakan itu bagi memastikan isu seperti penyewaan lesen perniagaan kepada warga asing tanpa dokumen sah dan pengambilan pekerja dalam kalangan pendatang asing tanpa izin (PATI) dapat dibanteras sebaiknya.

“Saya maklum dan berterima kasih kepada Pasukan Gerakan Am (PGA), Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas tindakan menyerbu dan menangkap PATI di Jalan Silang pada 21 Disember lalu.

“Saya juga sudah mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk melakukan tinjauan dan pemantauan berkala terhadap premis-premis perniagaan di sekitar Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan pada 23 Disember.

Dr Zaliha turut mengingatkan pemilik premis perniagaan supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan DBKL khususnya membabitkan golongan PATI bagi mengelak risiko penarikan atau penggantungan lesen perniagaan mereka.

“Saya menyeru semua pemilik premis di Kuala Lumpur untuk menggunakan saluran yang betul jika berhasrat untuk mengambil pekerja asing dan mengelak dari menggajikan PATI,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan seramai 1,101 PATI ditahan dalam operasi bersepadu di ‘Mini Dhaka’ di Jalan Silang pada 21 Disember lalu.

Operasi bermula 11 pagi itu disertai 1,138 pegawai dan anggota dari Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) membabitkan Briged Tengah PGA, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan Unit Anjing Pengesan (K9).

Serbuan itu dilakukan hasil risikan dan maklumat berkaitan kebanjiran warga asing serta aktiviti jenayah di lokasi terbabit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >