Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Debat calon presiden Indonesia rancak pada minggu kedua kempen pilihan raya

Dec 11, 2023 | 02:19 PM



JAKARTA: Ketiga-tiga pasangan calon presiden mengekalkan rentak mereka pada minggu kedua berkempen untuk pilihan raya 2024, dengan masing-masing mencari sokongan di lapangan, sama ada cuba menangkis usaha pesaing untuk menceroboh kubu kuat mereka, atau mencari tempat sekiranya berlaku pengundian pusingan kedua.


Dengan sembilan minggu lagi sebelum musim berkempen tamat, saingan di lapangan semakin sengit di kalangan calon yang bersaing untuk menggantikan Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo.

Selepas memutuskan untuk tidak mengambil cuti daripada tugas menteri semasa musim kempen, calon presiden dan Menteri Pertahanan, Encik Prabowo Subianto, menghabiskan hujung minggunya di Sumatera Barat untuk bertemu dengan penduduk tempatan di pasar tradisional di Padang, pada Sabtu, 9 Disember 2023.

Ketiga-tiga calon presiden – Encik Anies Baswedan, Encik Ganjar Pranowo dan Encik Prabowo – berkata mereka bersedia untuk berdepan dalam perbahasan pertama kempen 2024 pada Selasa, 12 Disember 2023.

Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) telah memilih 11 ahli panel pakar untuk bertanyakan soalan mengenai isu undang-undang, hak asasi manusia dan demokrasi.

“Kami telah menunjukkan 11 nama kepada ketiga-tiga calon presiden pada Jumaat, dan mereka semua bersetuju dengan cadangan kami,” kata pesuruhjaya KPU, Encik August Mellaz, kepada The Jakarta Post pada 10 Disember 2023.


Pesuruhjaya KPU, Encik Yulianto Sudrajat, sebelum ini mendakwa KPU akan memastikan semua ahli panel adalah pakar yang cekap, dihormati serta ‘neutral’ terhadap calon.

Ahli panel akan menandatangani pakatan berjanji untuk merahsiakan soalan perbahasan sebelum acara untuk memastikan perbahasan yang adil, antara perkara etika yang lain. Ahli panel pula akan diasingkan sehingga permulaan perbahasan.

Encik Muhammad Syaugi, pengurus kempen bagi Encik Anies, berkata mantan gabenor Jakarta itu telah menganjurkan beberapa siri perbincangan awam yang dinamakan sebagai Desak Anies sebagai persiapan debat pertama.


“Perbincangan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan muda bertanya apa-apa soalan mengenai matlamat dasar Encik Anies dan pelbagai isu nasional.

“Justeru, saya yakin Encik Anies bersedia untuk mengambil bahagian dalam perbahasan pada Selasa ini kerana telah dilatih untuk menjawab soalan yang sukar,” kata Encik Syaugi seperti yang dipetik The Jakarta Post.


Encik Nusron Wahid, setiausaha pasukan kempen untuk pencabar tiga kali, Encik Prabowo, pula berkata menteri pertahanan itu sudah bersedia untuk perdebatan itu.

Kem Encik Prabowo berkata ia akan berusaha untuk mengekalkan kebebasan akhbar dan kebebasan bersuara dalam persekitaran akademik, serta menegakkan hak asasi manusia dan menghapuskan diskriminasi terhadap kumpulan yang terdedah seperti wanita, kanak-kanak dan pekerja asing.

“(Encik) Prabowo telah bersedia untuk debat presiden selama lebih 15 tahun,” kata Encik Nusron.

Seorang lagi calon presiden, Encik Ganjar dari Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), juga berkata beliau sudah bersedia untuk debat itu.

“Saya dan rakan seperjuangan telah mengambil bahagian dalam debat awam sebelum ini. Jadi kami akan ke debat rasmi pertama seperti yang dijadualkan dan lakukan sahaja... kami sudah bersedia,” katanya.

KPU akan menganjurkan tiga debat presiden yang disiarkan di televisyen dan dua debat timbalan presiden sehingga awal Februari 2024.

Isu-isu penting debat pertama akan tertumpu kepada undang-undang, hak asasi manusia, tadbir urus, rasuah, demokrasi dan toleransi.

Daripada topik ini, isu rasuah kelihatan mendapat tumpuan di tengah-tengah siri skandal baru-baru ini dengan beberapa daripadanya melibatkan anggota pentadbiran Presiden Jokowi.

Jelasnya, mantan ketua Suruhanjaya Pembasmian Rasuah (KPK), Encik Firli Bahuri, dinamakan sebagai suspek dalam kes peras ugut pada November.

Suruhanjaya itu serta kepimpinannya telah dilanda kontroversi sejak Encik Firli mengambil alih kuasa pada 2019. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >