Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Prabowo ikrar makanan percuma kepada 80j penerima jika dipilih jadi Presiden

Nov 30, 2023 | 11:05 AM



JAKARTA: Calon presiden, Encik Prabowo Subianto, menjanjikan para pelajar akan mendapat makan tengah hari percuma jika beliau memenangi pilihan raya dalam usaha memerangi masalah kekurangan zat makanan, menurut pasukan kempennya.


Jika dipilih sebagai presiden, Encik Prabowo bercadang untuk membekalkan makanan dan susu percuma kepada pelajar termasuk yang belajar di pondok yang lebih dikenali sebagai pesantren.

Program makan percuma akan disediakan untuk pelajar di semua peringkat, bermula dari prasekolah hingga sekolah menengah.

“Kami akan menyediakan makan tengah hari dan susu percuma untuk murid sekolah. Kami sebenarnya mengikuti contoh India untuk memberi makanan percuma untuk anak sekolah kami untuk menangani masalah kekurangan zat makanan dan banyak lagi perkara lain,” ujar Encik Dradjad H Wibowo, pakar ekonomi kanan dalam pasukan kempen Encik Prabowo, memberitahu Forum Ekonomi Indonesia 2023.

“Pengambilan pemakanan dalam kalangan murid sekolah kita masih jauh di bawah piawaian. Kita tidak akan menjadi negara yang kuat jika kita tidak menjaga anak-anak kita,” katanya lagi.

Encik Dradjad merujuk kepada Skim Hidangan Tengah Hari India yang menyajikan makan tengah hari percuma kepada lebih 100 juta pelajar India bagi setiap hari persekolahan. Ini menjadikannya program pemakanan sekolah terbesar di dunia.

Skim Makan Tengah Hari bermula pada 1995 dan berusaha untuk meningkatkan status pemakanan kanak-kanak.

Pada 2021, India menamakan semula program itu kepada PM Poshan dan menyasarkan untuk memberi makan kepada 118 juta pelajar yang belajar di 1.12 juta sekolah pemerintah.


Manifesto Encik Prabowo juga menyasarkan rancangannya untuk mengagihkan bantuan pemakanan untuk wanita hamil dan kanak-kanak di seluruh negara.

Daya usaha makan di sekolah, ditambah dengan bantuan pemakanan wanita hamil, akan mempunyai lebih 80 juta penerima.

Encik Prabowo menyasarkan untuk mencapai kadar pengagihan 100 peratus dalam bantuan tersebut menjelang 2029.

“Dengan menyediakan khasiat untuk wanita hamil, kami akan menjaga anak-anak sejak mereka masih dalam kandungan ibu mereka,” kata Encik Dradjad.

Kementerian Kesihatan melaporkan kadar kekurangan zat makanan Indonesia berada pada kadar 21.6 peratus setakat 2022. Indonesia menyasarkan untuk menurunkan kadar itu kepada 14 peratus menjelang 2024.

Dalam hantarannya di laman Facebook, Encik Prabowo berkata:

“Kita tidak ingin melihat ada rakyat yang kelaparan, tidak ingin melihat anak-anak bangsa yang gagal tumbuh, tidak ingin melihat ada ibu hamil dan menyusu yang kekurangan zat, tidak ingin melihat lagi ada kemiskinan di republik yang kita cintai ini.

“Dengan memberikan makan siang dan susu percuma bagi anak-anak sekolah, pesantren dan ibu hamil, diharapkan pada tahun-tahun mendatang, anak-anak Indonesia dapat tumbuh dengan baik, tubuh mereka tinggi, kuat dan sihat.

“Perkembangan otak mereka optimum kerana negara telah menyediakan makanan berkhasiat yang langsung disalurkan ke sekolah dan rumah-rumah.

“Ini merupakan langkah kami untuk mewujudkan Indonesia Emas menjelang tahun 2045. Anak-anak sihat, ibu bahagia.’‘

Kempen Pemilihan calon Presiden dan Naib Presiden Indonesia bermula secara rasmi pada Selasa dengan dua daripada tiga calon memulakan lawatan berkala selama dua bulan untuk memikat pengundi dalam persaingan menerajui negara demokrasi ketiga terbesar di dunia itu.

Encik Prabowo, yang juga Menteri Pertahanan; bekas Gabenor Jawa Tengah, Encik Ganjar Pranowo; dan bekas Gabenor Jakarta, Encik Anies Baswedan, bertanding untuk menggantikan pemimpin popular, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo selepas sedekad berkuasa.

Pilihan raya umum Indonesia merangkumi Pemilihan Umum Presiden dan pemilihan anggota legislatif dijadualkan pada 14 Februari 2024. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >