Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Debat terakhir hangat; namun Prabowo, Anies Ganjar tampil berdamai

Feb 05, 2024 | 02:02 PM



JAKARTA: Ketiga-tiga calon Presiden Indonesia membuat keputusan untuk berdamai sewaktu tampil dalam debat terbaru yang disiarkan di televisyen yang memasuki peringkat akhir setelah mereka saling berasak semasa melakar janji dan ikrar masing-masing untuk memperbaiki tahap kesihatan dan kebajikan para pengundi.


Seperti empat debat yang diadakan sebelum ini, setiap calon diberikan beberapa minit untuk membentangkan wawasan dan idea mereka dan keputusan damai itu dibuat di tengah-tengah saingan sengit untuk merebut jawatan tertinggi di negara ketiga terbesar dunia menjelang hari pengundian pada 14 Februari ini.

Menteri Pertahanan, Encik Prabowo Subianto; mantan Gabenor Jakarta, Encik Anies Baswedan dan mantan Gabenor Jawa Tengah, Encik Ganjar Pranowo kelihatan ‘lebih mesra’ walaupun bertikam lidah tidak seperti debat ‘panas’ sebelum ini.

Encik Prabowo menegaskan bahawa beliau dan timbalannya, Encik Gibran Rakamuning Raka bertekad mahu memperbaiki kehidupan rakyat Indonesia dengan menyediakan makanan berkhasiat kepada semua kanak-kanak, termasuk para ibu yang hamil.

Encik Anies menyatakan bahawa beliau akan memastikan tiada ketidaksamaan dan ketidakadilan dan berkata pada masa ini terdapat ketidaksamaan seperti antara mereka yang menetap di Jakarta berbanding mereka yang tinggal di luar ibu kota negara itu, serta antara yang kaya dan yang miskin.

Encik Ganjar pula berikrar akan menumpukan usaha kepada kesihatan dengan menggalakkan rakyat bersukan agar dapat mengelak daripada jatuh sakit, di samping memastikan terdapat sekurang-kurangnya satu prasarana kesihatan di setiap kampung dengan seorang pekerja kesihatan.

Pilihan raya akan datang, merupakan yang pertama dalam 15 tahun di mana ketiga-tiga pasangan calon presiden dan naib presiden akan bersaing untuk menjadi pemimpin Indonesia seterusnya.

Hampir 205 juta orang layak mengundi dalam pengundian pada 14 Februari ini, yang akan menentukan pengganti Presiden popular dua penggal, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo.

Encik Prabowo yang ‘berpasangan’ dengan anak Presiden Jokowi pada pilihan raya kali ini, memperlihatkan satu dakwaan yang dikatakan menimbulkan kebimbangan rakyat republik itu mengenai campur tangan politik orang nombor satu itu.

Dalam debat yang disaksikan oleh jutaan orang, Encik Ganjar pula menggesa pengundi untuk menentang politik dinasti dengan mendakwa kepentingan keluarga diutamakan berbanding negara.

Sementara itu, Encik Anies mengecam apa yang beliau sifatkan sebagai mempolitikkan program bantuan sosial pemerintah selepas media melaporkan, beras yang diagihkan Encik Prabowo dilekat dengan bahan kempen.

Mengikut tinjauan, sokongan Encik Jokowi memberi kelebihan kepada Encik Prabowo apabila memperoleh 20 mata kukuh berbanding calon lain, dengan sokongan kira-kira 45 peratus responden.

Menurut tinjauan pendapat, kedua-dua pesaing itu, Encik Anies dan Encik Ganjar, bekerja keras untuk kemungkinan undian pusingan kedua menentang Encik Prabowo.

Menjelang hari mengundi yang semakin hampir dan tempoh bertenang dijadual bermula 11 hingga 13 Februari ini, calon terbabit dilihat sepakat dalam pelbagai topik antaranya kesihatan awam pendidikan serta budaya.

Ketiga-tiga calon Presiden Indonesia membuat keputusan untuk berdamai sewaktu tampil dalam debat terbaru yang disiarkan di televisyen yang memasuki peringkat akhir, semalam.

Menurut Encik Prabowo pada sidang media selepas debat, beliau tiada masalah untuk menerima dan menyokong idea yang baik.

“Kami percaya ketiga-tiga calon berjuang untuk Indonesia. Mari kita kekalkan keharmonian,” katanya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >