Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

'Derma' RM200,000 untuk dapat gelaran Datuk palsu di M'sia

Nov 29, 2021 | 05:30 AM



ALOR SETAR (Kedah): Gelaran Datuk sebagai ganjaran kepada derma. Demikian modus operandi digunakan sindiket yang dikesan menjual darjah kebesaran negeri Kedah yang tidak diiktiraf kepada individu yang mahu mendapatkan gelaran.



Sindiket menghampiri individu terdiri daripada golongan elit serta ahli perniagaan dan mereka kemudian memberitahu pembeli yang berminat bahawa mereka boleh memperoleh gelaran itu dengan hanya menyumbang derma kepada 'istana' dalam jumlah tertentu.



Taktik itu terdedah selepas polis menahan seorang ahli sindiket dan pembeli gelaran itu di Kedah dan Selangor, lapor Berita Harian Malaysia.



Ketika dalam siasatan polis, ahli sindiket yang ditahan mendedahkan taktik itu digunakan untuk memperdaya individu yang mahukan gelaran Datuk.



Susulan itu, polis mengesan dan menahan seorang lelaki berusia 40-an tahun di Selangor yang juga pembeli gelaran palsu terbabit.



Siasatan lanjut terhadap individu yang mendapat gelaran itu, mendakwa menyerahkan wang sebanyak tiga kali kepada ahli sindiket yang semuanya berjumlah RM200,000 ($65,044) pada awal tahun lalu.



Selepas menyerahkan wang 'derma' itu, individu itu kemudian diberi sijil watikah, plat besi, kad ahli, kad pengesahan nama dan pasport yang tertera gelaran Datuk.



Polis kemudian bertindak menahan beberapa lagi individu merangkumi ahli sindiket dan pembeli darjah kebesaran negeri yang tidak diiktiraf dalam serbuan susulan.



Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat, dalam kenyataan, berkata seramai 19 individu dipercayai terbabit kegiatan penjualan dan penggunaan darjah kebesaran negeri tidak diiktiraf sudah ditahan.



Kesemua mereka ditahan dalam Op Watikah bermula 7 November lalu, susulan aduan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Kedah pada 5 Oktober lalu.



Sumber berkata setakat ini siasatan mendapati ada individu menggunakan gelaran tidak diiktiraf berkenaan tahu bahawa wang yang kononnya sebagai derma kepada pihak istana untuk mendapat gelaran Datuk itu hanya satu penipuan.



"Walaupun tahu gelaran yang diperoleh itu palsu, namun mereka tetap menyerahkan wang kerana mahu memiliki kad keahlian dan barangan yang berkaitan dengan darjah kebesaran.



"Kita masih menjalankan siasatan lanjut dan percaya semua mereka iaitu ahli sindiket dan pembeli gelaran palsu berkenaan akan dituduh dalam masa terdekat," katanya.



Sebelum ini, satu sindiket darjah kebesaran palsu Melaka juga ditumpaskan.



Sindiket itu antara lain 'melelong' beberapa Darjah Kebesaran Negeri Melaka palsu dan menjualnya kepada individu tertentu.



Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri, Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) serta Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) masing-masing membawa gelaran Datuk serta tauliah Jaksa Pendamai (JP) dikesan dijual pada harga RM50,000 sehingga RM100,000.




"Walaupun tahu gelaran yang diperoleh itu palsu, namun mereka tetap menyerahkan wang kerana mahu memiliki kad keahlian dan barangan yang berkaitan dengan darjah kebesaran.

"Kita masih menjalankan siasatan lanjut dan percaya semua mereka iaitu ahli sindiket dan pembeli gelaran palsu berkenaan akan dituduh dalam masa terdekat."

- Sumber.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >