Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dewan niaga Indonesia gesa pemerintah tangani isu boikot produk Israel

Dec 01, 2023 | 04:11 PM



Komuniti perniagaan di Indonesia mula berasa kesan daripada seruan untuk memboikot produk berkaitan dengan Israel, yang meningkat selepas serangan Israel di Gaza pada awal Oktober.

Dewan Perniagaan Indonesia (Kadin) dan Persatuan Majikan Indonesia (Apindo) telah mendesak pemerintah agar menangani isu tersebut dan meminta pengguna agar mempertimbangkan dengan bijak sebelum menyertai gerakan boikot tersebut.

Pemangku Pengerusi Kadin, Encik Yukki Nugrahawan Hanafi, menyatakan bahawa pemerintah perlu mengikut upaya seruan boikot atas dasar melindungi kepentingan nasional dan memastikan undang-undang iklim niaga yang kondusif.

“Seruan boikot memberi kesan buruk terhadap perniagaan kerana ia ditujukan kepada perusahaan yang beroperasi di Indonesia yang menggaji sumber daya manusia Indonesia, yang mendapatkan penghidupan daripada perusahaan yang didakwa berkaitan dengan pihak terlibat dalam konflik di Palestin,” kata Encik Yukki dalam satu kenyataan.

Apindo pula mengajak semua pihak supaya mengambil pendirian rasional dalam menyahut seruan boikot dan perlu mengetahui sama ada produk-produk tersebut berkaitan dengan Israel, kata Ketua Apindo, Cik Shinta Kamdani, dalam satu kenyataan.

“Boikot itu memberi kesan kepada beberapa sektor perniagaan dan syarikat yang merupakan entiti undang-undang Indonesia dan mengendalikan pengeluaran perniagaan mereka di negara ini dengan pekerja Indonesia.

“Kita semua perlu peka dengan seruan boikot itu, demi kebaikan masyarakat dan perniagaan yang lebih besar,” kata Cik Shinta.

Bagaimanapun, Kadin dan Apindo tidak mengeluarkan sebarang perangkaan untuk memperlihatkan kesan betapa teruknya seruan boikot itu kepada ekonomi.

Cik Shinta berkata bahawa Apindo sedang mengumpul maklumat mengenai kesan seruan boikot terhadap perusahaan mikro, kecil dan sederhana serta pekerja yang mempunyai sebarang kaitan dengan Israel.

Semasa perhimpunan pro-Palestin di Jakarta pada 5 November, ia menyaksikan ratusan ribu penunjuk perasaan, sekurang-kurangnya dua pusat makanan dan minuman (F&B) – Starbucks dan McDonald’s – yang terletak berhampiran lokasi perhimpunan di Jakarta Tengah ditutup.

Ini kerana dua rangkaian F&B sejagat tersebut adalah antara jenama yang dikaitkan dengan Israel berdasarkan senarai produk yang diedarkan secara meluas di rangkaian media sosial.

Menteri Perdagangan, Encik Zulkifli Hasan, berkata adalah hak pengguna untuk memilih sama ada mereka mahu menghindari jenama atau produk tertentu dan pemerintah tidak mempunyai kuasa untuk melarang gesaan boikot.

“Pemerintah tidak memboikot mana-mana produk, tetapi jika orang ramai mahu berbuat demikian, itu terpulang kepada mereka dan hak mereka.

“Kita tidak mengharamkan produk tertentu selagi mereka mematuhi peraturan,” kata Encik Zulkifli dalam sidang akhbar pada 27 November bersama penggubal undang-undang dari Suruhanjaya Dewan Rakyat, yang menyelia perdagangan, perniagaan dan pelaburan.

Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa pada 8 November yang menggariskan kewajipan umat Islam untuk menyokong Palestin.

Ia turut menyarankan agar umat Islam mengelak daripada menggunakan atau mengambil produk yang bergabung dengan Israel.

MUI bagaimanapun tidak mengeluarkan senarai produk dan jenama yang berkaitan dengan Israel.

“Kami menyeru umat Islam untuk melakukan usaha terbaik mereka dalam mengelak daripada membeli atau menggunakan produk yang tersirat menyokong Israel,” kata ketua fatwa MUI, Encik Asrorun Niam Sholeh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >