Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Dewan Rakyat bersidang, dibayangi tekanan bubar Parlimen

Sidang juga beri tumpuan tangani cabaran ekonomi, persediaan banjir
Oct 04, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat mula bersidang semalam dengan kerajaan menerima tekanan daripada Umno supaya membubarkan Parlimen bagi mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dengan segera pada tahun ini juga.



Antara tumpuan utama ahli Dewan Rakyat pada hari pertama Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen ke-14 ialah mengenai langkah kerajaan untuk menangani cabaran ekonomi dan kesiapsiagaan agensi kerajaan dalam menghadapi kemungkinan bencana banjir.



Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, persoalan mengenai cabaran ekonomi itu diajukan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang ingin tahu tindakan kerajaan menangani cabaran tersebut demi menjaga kebajikan serta kesejahteraan keluarga Malaysia semasa sesi Pertanyaan bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat.



Turut tersenarai, soalan Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang (GPS-Kota Samarahan), kepada Perdana Menteri mengenai status Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah di seluruh negara bagi menghadapi kemungkinan bencana banjir pada hujung tahun ini.



Selain itu, Ahli Parlimen (PH-Bukit Bintang), Encik Fong Kui Lun, meminta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan persiapan kementerian itu bagi menghadapi bencana banjir yang dijangka melanda Kuala Lumpur pada akhir tahun ini.



Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Rakyat bermula semalam dan dijadualkan berlangsung selama 32 hari sehingga 29 November ini, dengan tumpuan utama terarah kepada pembentangan Bajet 2023 pada 7 Oktober ini.



Mesyuarat itu diawalkan daripada tarikh asal bagi membolehkan pembentangan bajet yang asalnya ditetapkan pada 28 Oktober diadakan tiga minggu lebih awal seperti yang diputuskan mesyuarat Kabinet 26 Ogos lalu.



Fokus utama persidangan kali ini adalah kepada pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2023, yang dijadual dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, pada 4 petang Jumaat ini.



Dengan perubahan tarikh mesyuarat itu, timbul spekulasi menyatakan PRU15 akan diadakan lebih awal, mungkin November ini selepas pembentangan Bajet 2023 diluluskan.



Kelmarin, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, menjelaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 atau Bajet 2023, perlu dibentangkan semula di Parlimen jika RUU berkenaan belum diluluskan kerana PRU15.



Rang undang-undang itu dijadual dibahaskan di peringkat dasar selama lapan hari dan akan dijawab oleh menteri selama empat hari sebelum dibahaskan di peringkat jawatankuasa selama 12 hari.



Pembangkang, Pakatan Harapan (PH) menerusi Ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberi isyarat akan menimbang untuk menolak Bajet 2023 sekiranya Perdana Menteri tidak memberi jaminan PRU-15 tidak diadakan semasa musim tengkujuh tahun ini dan tunduk kepada tekanan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.



Spekulasi bertiup kuat tentang kemungkin Parlimen dibubarkan pada 10 atau 12 Oktober selepas pembentangan Bajet 2023 pada 7 Oktober.



Kenyataan Datuk Ismail Sabri sebelum ini bahawa PRU15 akan diadakan sedikit masa lagi, menyebabkan semua parti politik terpaksa mengambil langkah awal bersiap siaga menghadapi segala kemungkinan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >