Topic followed successfully
Go to BHkuDilabel negara ‘sensitif’ oleh AS, Korea S harap kerjasama tidak terjejas
Dilabel negara ‘sensitif’ oleh AS, Korea S harap kerjasama tidak terjejas
Dilabel negara ‘sensitif’ oleh AS, Korea S harap kerjasama tidak terjejas
SEOUL: Pemangku Presiden Korea Selatan, Encik Choi Sang-mok, menyeru agar tiada sebarang kesan negatif terhadap kerjasama negaranya dalam bidang sains, teknologi dan tenaga dengan Amerika Syarikat, selepas Jabatan Tenaga (DOE) Amerika menetapkan Korea Selatan sebagai negara ‘sensitif’.
Namun, DOE tidak menjelaskan mengapa Korea Selatan dimasukkan ke dalam senarai berkenaan, yang boleh menyebabkan sekatan ke atas kerjasama, walaupun jurucakap jabatan tersebut berkata Seoul tidak menghadapi masalah menjalin kerjasama dua hala dalam sains dan teknologi di sebalik penetapan tersebut
Dalam satu kenyataan yang disampaikan oleh kementerian kewangan selepas mesyuarat peringkat menteri pada 17 Mac, Encik Choi menyeru agensi Korea Selatan supaya secara aktif memupuk persefahaman dengan Washington, dan agar menteri industri bertemu dengan Setiausaha Tenaga Amerika.
Di sebalik jaminan DOE mengenai kerjasama dua hala Amerika-Korea Selatan yang tidak terjejas dengan status tersebut, ahli politik di Seoul telah melemparkan kritikan terhadap penetapan Korea Selatan sebagai negara yang sensitif itu.
Pemimpin pembangkang utama Parti Demokrat, Encik Lee Jae-myung, menyelar pemerintah Korea Selatan dan menyifatkan tindakan Amerika itu sebagai “kegagalan hubungan diplomatik” yang dikhuatiri boleh mengehadkan kerjasama antara kedua-dua negara dalam bidang teknologi tinggi.
Bagaimanapun, anggota parlimen parti pemerintah, Encik Kwon Young-se, mengkritik Parti Demokrat yang mengawal parlimen, kerana menolak sentimen anti-Amerika dan menuduh secara berlebihan pegawai pemerintah termasuk Presiden Yoon Suk-yeol, sebagai punca terbesar penetapan status sebagai negara sensitif itu.
Menurut laman web DOE, sesebuah negara mungkin disertakan dalam senarai negara sensitif atas sebab seperti keselamatan negara, pengawalan senjata nuklear, ketidakstabilan serantau, ancaman kepada keselamatan ekonomi negara atau sokongan keganasan.
Pada 14 Mac, Reuters, memetik jurucakap DOE sebagai berkata ia telah menetapkan sekutunya Korea Selatan sebagai negara sensitif selepas presiden Korea Selatan mengenakan undang-undang tentera yang ringkas dan di tengah-tengah perbincangan mengenai Seoul berpotensi membangunkan senjata nuklear.
Pentadbiran Presiden Joe Biden ketika itu meletakkan Korea Selatan pada peringkat terendah dalam Senarai Negara Yang Ditetapkan Sensitif pada Januari sejurus sebelum Encik Biden meninggalkan pejabat, kata DOE dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan agensi berita, Reuters.
Penetapan status negara yang sensitif itu akan berkuat kuasa pada 15 April.
Antara negara dalam senarai negara sensitif DOE termasuk China, Taiwan, Israel, Russia, Iran dan Korea Utara, dengan Teheran dan Pyongyang ditetapkan sebagai pengganas. – Reuters.

