Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dilema Israel, Hamas: Henti atau terus perang?

Nov 27, 2023 | 03:03 PM



BAITULMAKDIS: Ketika Israel dan Hamas menyelesaikan pertukaran tebusan dan banduan kedua petang Sabtu, para pemimpin Israel berdepan dengan dilema – sama ada untuk memulakan semula kempen ketenteraan mereka di Jaluran Gaza sebaik sahaja gencatan senjata selama empat hari berakhir pagi Selasa.


Pada awal pagi Ahad, Israel berkata ia telah menerima 13 tebusan Israel – lapan kanak-kanak dan lima wanita – dan empat warga asing yang telah ditahan di Gaza dan dalam masa yang sama, telah membebaskan 39 warga Palestin dari penjara Israel.

Pertukaran itu adalah bahagian terbaru perjanjian yang membolehkan gencatan senjata sementara dalam pertempuran dilanjutkan.

Israel sebelum ini telah berkata bahawa ia bersedia untuk memberikan gencatan sehari lagi bagi setiap 10 tebusan yang Hamas bebaskan melebihi 50 yang ditetapkan dalam perjanjian itu, tetapi Hamas tidak menjawab tawaran tersebut.

“Persoalannya ialah Hari ke-5,” kata Encik Alon Pinkas, seorang pengulas politik Israel dan bekas diplomat kanan.

“Adakah Israel meneruskan perang?”

Lanjutan yang membolehkan lebih banyak pembebasan tebusan boleh memberi kelegaan kepada warga Israel yang melihat kebebasan tebusan sebagai keutamaan segera terbesar negara itu.

Sentimen itu boleh merebak dengan lebih meluas dalam kalangan rakyat Israel apabila setiap hari gencatan senjata berlalu dan lebih ramai tebusan dibebaskan.

“Dan Hamas mengetahui perkara ini dengan baik,” kata Encik Shira Efron, penyelidik kanan di Forum Polisi Israel, kumpulan penyelidikan politik yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat.

“Mereka akan berdolak-dalik dengan Israel dan berkata ‘Oh, kami menemui lima lagi kanak-kanak . Jika anda memberi kami satu hari lagi, terdapat beberapa lagi yang boleh kami temui di utara’,” tambahnya.

Tetapi gencatan senjata yang lebih lama boleh menjejaskan matlamat utama kempen ketenteraan Israel di Gaza, iaitu pemusnahan Hamas, kumpulan bersenjata yang mengetuai serbuan 7 Oktober yang membunuh kira-kira 1,200 orang di selatan Israel dan membawa kepada penahanan kira-kira 240 tebusan, menurut pihak berkuasa Israel.

Jika gencatan senjata berlangsung lebih lama daripada empat hari, Hamas – yang mengawal seluruh Jaluran Gaza sehinggalah Israel menyerang balas bulan lalu – akan mempunyai lebih banyak masa untuk berkumpul semula.

Ini dikhuatiri membolehkan Hamas mengukuhkan pertahanan dan melancarkan serangan yang lebih sengit apabila dan jika Israel memperbaharui kempen ketenteraannya di Gaza. – Agensi berita​.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >