Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pembebasan tebusan, tahanan diteruskan; namun Israel, Hamas dilema henti atau terus berperang

Tempoh gencatan senjata mudahkan PBB hulur bantuan tambahan ke Gaza
Nov 26, 2023 | 08:41 PM



BAITULMAKDIS: Ketika Israel dan Hamas menyelesaikan pertukaran kedua tebusan dan tahanan pada petang Sabtu, pemimpin Israel menghadapi dilema sama ada untuk memulakan semula kempen ketenteraan mereka di Jaluran Gaza sebaik sahaja gencatan senjata selama empat hari berakhir pada pagi Selasa ini.


Menjelang awal pagi Ahad, Israel berkata ia telah menerima 13 tebusan Israel – lapan kanak-kanak dan lima wanita – serta empat warga asing yang telah ditahan di Gaza, dan seterusnya membebaskan 39 warga Palestin dari penjara Israel.

Pertukaran itu adalah langkah terkini perjanjian yang membolehkan tempoh jeda dalam pertempuran dilanjutkan.

Israel menjelaskan ia bersedia untuk memberikan tempoh jeda sehari lagi bagi setiap 10 tebusan yang Hamas bebaskan melebihi 50 orang yang disenaraikan dalam perjanjian itu, tetapi Hamas tidak memberi respons terhadap tawaran tersebut.

“Soalannya sekarang ialah apa akan jadi pada hari kelima? Adakah Israel akan meneruskan perang?” kata Encik Alon Pinkas, seorang pengulas politik Israel.

Menurutnya, lanjutan pada gencatan senjata membolehkan lebih banyak pembebasan tebusan dilakukan lantas memberi kelegaan kepada warga Israel yang melihat pembebasan tebusan sebagai keutamaan terbesar yang ingin disegerakan negara itu.

Katanya lagi, sentimen itu boleh merebak dengan lebih meluas dalam kalangan rakyat Israel dengan berlalunya gencatan senjata setiap hari disusuli dengan lebih ramai tebusan dibebaskan.

Dr Shira Efron, penyelidik kanan di sebuah kumpulan penyelidikan politik yang berpangkalan di New York yang menggelar diri mereka Israel Policy Forum, pula menambah:


“Hamas sedia maklum tentang perkara ini. Mereka akan ‘bermain’ dengan Israel dan menjelaskan, ‘Oh, kami menemui lima lagi kanak-kanak. Jika anda memberi kami satu hari lagi, akan ada lagi beberapa orang di bahagian utara yang akan kami temui.”

Namun, tempoh jeda yang lebih lama boleh menjejas matlamat utama kempen ketenteraan Israel di Gaza: pemusnahan Hamas, kumpulan bersenjata yang mengetuai serbuan 7 Oktober lalu yang mengorbankan sekitar 1,200 orang di selatan Israel dan membawa kepada penculikan kira-kira 240 tebusan, jelas pihak berkuasa Israel.

Pengamat politik juga berpendapat, jika gencatan senjata berlangsung lebih lama daripada empat hari, Hamas – yang mengawal Jaluran Gaza – akan mempunyai lebih banyak masa untuk berkumpul semula, membolehkannya melancarkan pertahanan yang lebih sengit seandainya Israel memperbaharui kempen ketenteraannya.

Gencatan senjata yang dilanjutkan juga boleh mewujudkan lebih banyak peluang kepada negara lain terutamanya Amerika Syarikat untuk meningkatkan tekanan ke atas Israel supaya mengurangkan matlamat ketenteraannya.

Tindak balas Israel terhadap serangan 7 Oktober pula telah membunuh lebih 12,000 orang di Gaza, menurut pegawai kesihatan di sana, yang membawa rasa bimbang yang bertambah dalam kalangan sekutu Israel mengenai pengendalian kempennya.

Presiden Amerika, Encik Joe Biden, yang berucap sempena Hari Kesyukuran ata Thanksgiving Day di Nantucket, Massachusetts, pula berkata “peluangnya adalah nyata” bahawa tempoh jeda boleh membuka pintu kepada gencatan senjata yang lebih lama.


Perdebatan mengenai kemungkinan perang bersambung semula begitu rancak diperbahaskan apabila Hamas dan Israel menyatakan mereka telah meneruskan pertukaran tebusan kedua selepas penangguhan selama beberapa jam lebih awal pada Sabtu yang menimbulkan kebimbangan bahawa perjanjian yang rapuh itu boleh runtuh.


Selain membenarkan pertukaran tebusan dan tahanan, perjanjian itu juga membenarkan lebih banyak bantuan disalurkan ke Gaza.

Sekatan Israel, sebahagian besarnya, menghalang makanan, air, bahan api dan ubat-ubatan daripada disalurkan ke Gaza, menyebabkan krisis kemanusiaan melanda 2.3 juta rakyat Palestin yang tinggal di sana.

Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjelaskan 61 trak membawa bekalan perubatan, makanan dan air berjaya dihantar ke utara Gaza berikutan pemberhentian sementara perang.

Sejumlah 200 lagi trak dihantar ke Jaluran Gaza dari Nitzana, Israel, menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) PBB dalam satu kenyataan. Sebanyak 187 trak dikatakan telah melepasi sempadan itu pada petang Sabtu.

Sejumlah 11 ambulans, tiga bas mini dan trak dihantar ke hospital Al-Shifa, yang menyaksikan pertempuran sengit sejak kebelakangan ini, bagi membantu proses pemindahan.

“Lebih lama pemberhentian perang, lebih banyak bantuan dapat dihantar oleh agensi kemanusiaan ke Gaza,” kata jurucakap itu yang turut berterima kasih kepada Palestin dan kumpulan Bulan Sabit Merah Mesir. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >