Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dilema Mesir meniti jalinan politik Israel, Hamas

Dec 25, 2023 | 06:00 AM



KAHIRAH: Dunia semakin memberi tumpuan kepada apa jua tindakan yang mungkin diambil Mesir.


Ia termasuk peranan yang akan dimainkannya demi menangani peperangan di Jaluran Gaza yang mengakibatkan sekitar 20,000 terkorban dan lebih 50,000 rakyat Palestin cedera sejauh ini.

Sorotan dunia terhadap Mesir boleh difahami memandangkan adanya rekod hubungan Kahirah dengan pergerakan Hamas sejak 2007, serta sejarah hubungannya dengan Israel.

Bagaimanapun, Mesir mungkin menghadapi masalah dalam mengemudi kedudukannya di tengah-tengah krisis yang sedang berlaku di Gaza.

Tetapi yang nyata, ia secara jelas menyatakan, tidak akan akur kepada tuntutan Israel untuk menerima kemasukan rakyat Palestin.

Begitu juga Mesir tidak akan memenuhi permintaan Amerika Syarikat untuk memainkan peranan keselamatan di Jaluran Gaza, selepas perang.

Tangani Rasa
Tidak Puas Orang Awam

Seperti kebanyakan negara di Dunia Arab, Mesir telah menyaksikan ledakan kemarahan orang ramai terhadap perang Israel ke atas Gaza.

Undang-undang Keras Perhimpunan Mesir, yang digubal pada 2013 berikutan kudeta yang menggulingkan mantan Presiden Mesir, Encik Mohammed Morsi Eissa al-Ayyat, sangat mengehadkan keupayaan rakyat Mesir untuk berhimpun secara aman, terutama di Dataran Tahrir, simbol Revolusi Mesir 2011.

Bagaimanapun, tindakan kejam Israel tidak mampu membendung kemarahan rakyat yang berani menganjurkan bantahan awam yang jarang berlaku, juga di Dataran Tahrir, hampir dua minggu selepas permulaan perang.

Dengan Gaza mengalami serangan hebat Israel, pihak berkuasa Mesir mendapati sukar untuk menyekat ikatan perpaduan rakyat dengan rakyat Palestin.

Langkah mengadakan bantahan awam itu dilihat memperkukuh kedudukan politik Presiden Abdel-Fattah el-Sisi, seolah-olah beliau benar-benar memerlukannya.

Pemimpin Mesir itu memasuki penggal ketiga menyandang jawatan selaku presiden susulan pilihan raya yang diadakan pada 10-12 Disember.

Setelah mengecapi kemenangan kelak, Encik el-Sisi akan membuat kenyataan yang jelas terhadap tindakan perang Israel ke atas Gaza.


Beliau dijangka memenangi pilihan raya itu dengan mudah, melalui manipulasi pilihan raya – dan berkemungkinan kekal memegang jawatan sehingga 2030 berkat pindaan perlembagaan 2019.


Encik el-Sisi dijangka ingin mengekalkan hubungan dengan Israel tanpa krisis.

Bagi penduduk awam yang menunjukkan perpaduan dengan Gaza menghadapi tindakan kekerasan pemerintah, dengan berpuluh-puluh aktivis ditangkap dan hilang di beberapa buah bandar di negara itu.

Pada 29 Oktober, pihak berkuasa Mesir menyekat laman web bebas, Mada Masr selama enam bulan, kononnya kerana “menerbitkan berita palsu tanpa menyemak sumbernya”.

Laman web itu telah menyiarkan laporan bahawa Mesir sedang bersiap sedia untuk menerima pelarian yang diusir dari Gaza oleh Israel.

Pada awal Disember, pihak berkuasa Mesir malah menahan empat aktivis asing di Kahirah, kerana mengadakan bantahan bagi menyokong Gaza, di hadapan Kementerian Luar.

Isu Pelarian

Kedudukan Mesir menyulitkan dalam krisis di Gaza sekarang.

Sebagai satu-satunya negara Arab yang bersempadan dengan Jaluran Gaza, Mesir adalah calon utama untuk menerima dan menempatkan semula pelarian yang melarikan diri dari perang atau diusir dari sana oleh kempen pembunuhan beramai-ramai dan penuh dendam Israel terhadap orang awam yang tidak bersalah.


Pada 13 Oktober, tentera Israel mengarahkan 1.1 juta rakyat Palestin di utara Gaza supaya berpindah ke selatan Bandar Gaza, kononnya demi keselamatan mereka daripada operasi ketenteraan dan memisahkan mereka daripada operasi Hamas.

Walaupun perintah itu tidak realistik dan mustahil untuk dilaksanakan – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyebutnya “malapetaka”, badan dunia itu menuntut Israel membatalkannya.

Arahan Israel itu tidak dapat difahami kecuali sebagai sebahagian daripada percubaan yang mungkin untuk menolak sekurang-kurangnya beberapa orang Gaza agar melarikan diri ke Sinai di mana Mesir dijangka menerima dan menempatkan mereka.

Pada penghujung Oktober, Kementerian Perisikan Israel mengakui kewujudan rancangan baru – juga dinyatakan dalam dokumen bertarikh 13 Oktober – untuk memindahkan 2.3 juta rakyat Palestin dari Jaluran Gaza ke kem pelarian di utara Sinai, yang kemudiannya boleh menjadi bandar untuk mereka sendiri.

Walaupun pejabat Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, menafikan rancangan itu adalah dasar yang dimaksudkan, ia menyifatkan dokumen itu sebagai “kertas konsep”.

Nampaknya, cadangan untuk memindahkan penduduk Gaza ke Sinai mahu dibuat dengan berselindung sebagai langkah perang “sementara,” bagi mendapat sokongan meluas dalam kalangan penguasa Israel.


Laporan media mendedahkan bahawa Israel secara peribadi telah membangkitkan dengan beberapa pemerintah asing, idea untuk memindahkan penduduk Gaza ke Mesir “sepanjang tempoh perang”.

Pegawai Mesir dan Palestin jelas mengecam cadangan itu.

Mereka menyifatkannya sebagai bukan sahaja berani dan tidak boleh diterima malah sebagai lanjutan dasar bersejarah Israel, untuk merampas hak rakyat Palestin, seiring korban jiwa.


Yang pasti, perkembangan sejak itu – dan pemindahan kira-kira 1.8 juta penduduk Gaza sejak 7 Oktober – tidak dapat dipisahkan daripada kemungkinan rancangan pengusiran Israel ke utara Sinai.

Penentangan terhadap rancangan pemindahan Israel yang jelas, dan kebimbangan bahawa Amerika dan pemerintah Barat lain telah bersetuju dengan mereka, mendorong Encik el-Sisi – semasa sidang akhbar 18 Oktober sempena lawatan Canselor Jerman, Encik Olaf Scholz – untuk mengecam sebarang kenyataan mengenai penempatan semula pelarian di Mesir.

Encik el-Sisi memberi amaran bahawa prospek itu boleh meningkatkan keganasan terhadap Israel dan mencadangkan, pemindahan pelarian ke padang pasir Naqab (Negev) di Israel.

Dengan membenarkan dirinya untuk menyatakan bahawa rakyat Palestin berpotensi melancarkan keganasan terhadap Israel, presiden Mesir itu mengungkapkan, rakyat Palestin akan bertindak seperti juga tentera Israel melakukan kekejaman terhadap orang awam yang tidak bersalah.

Beliau juga kelihatan seperti menerima kemungkinan berlakunya rampasan Palestin yang lain, kali ini dari Gaza.

Sekali gus, ia menolak kebenaran asas, tentang pengusiran rakyat Palestin: bahawa sama seperti Israel tidak membenarkan pelarian Palestin 1948 kembali ke Palestin, negara Zionis itu akan menyekat kepulangan mana-mana pelarian baru. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >