Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

JELANG ULANG TAHUN PERTAMA PERANG RUSSIA-UKRAINE

Diplomat tertinggi China gesa diadakan rundingan demi capai keamanan

Feb 22, 2023 | 05:30 AM



BUDAPEST: Diplomat tertinggi China, Encik Wang Yi, yang dijadual melawat Russia minggu ini sempena ulang tahun setahun pencerobohan Russia ke atas Ukraine, pada Isnin menyeru diadakan rundingan dan keamanan demi manfaat dunia dan Eropah khususnya .



"Kami ingin penyelesaian politik untuk menyediakan rangka kerja yang aman dan mampan kepada Eropah," kata Encik Wang semasa singgah di Hungary, menjelang lawatannya ke Moscow.



Kunjungan ke Budapest dijangka menghasilkan pelaburan baru bernilai berbilion euro untuk China.



China menganggap Russia sebagai sekutu, mengimbangi kuasa Amerika Syarikat, dan setakat ini mengelak daripada mengutuk pencerobohan Russia ke atas Ukraine pada 24 Februari 2022 sambil berulang kali menggesa keamanan.



Semasa pertemuan dengan Menteri Luar Hungary, Encik Peter Szijjarto, Encik Wang berkata dunia dilanda kekacauan dan peperangan.



"Saya mengulangi apa yang baru kami dengar (daripada anda) dan bersama-sama mengisytiharkan kepada dunia bahawa China dan Hungary mahu bekerjasama dengan negara yang cintakan keamanan untuk menghentikan permusuhan secepat mungkin," kata Encik Wang kepada Encik Szijjarto dalam video Facebook semasa pertemuan mereka.



Walaupun merupakan anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) dan Kesatuan Eropah (EU), Hungary masih mempunyai hubungan yang lebih rapat dengan Moscow berbanding anggota lain kumpulan tersebut.



Perdana Menteri Hungary, Encik Victor Orban, seorang nasionalis yang dipilih semula pada 2022 untuk penggal keempat berturut-turut, mengulangi pada Sabtu bahawa menjadi anggota Nato adalah "penting" bagi negaranya, tetapi berkata pemerintahnya tidak akan menghantar senjata ke Ukraine atau memutuskan hubungan ekonomi dengan Moscow.



Encik Orban, yang telah berusaha membina hubungan perniagaan yang lebih erat dengan China, menerima kunjungan Encik Wang dengan mengadakan majlis makan malam privet pada Ahad, lapor agensi berita MTI.



Encik Wang juga menegaskan komitmen Beijing untuk merapatkan hubungan ekonomi, termasuk melalui Inisiatif Jalur dan Jalan China yang luas.



Dalam pada itu, China merancang membina loji bateri bernilai 7.3 bilion euro ($10.4 bilion) di Hungary, yang terbesar di Eropah setakat ini, sedang pembuat bateri kenderaan elektrik terbesar di dunia bersiap sedia memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada pembuat kereta.



Encik Szijjarto kemudiannya dipetik oleh agensi berita Hungary MTI sebagai berkata bahawa empat syarikat besar China boleh membawa pelaburan tambahan bernilai 8 hingga 10 bilion euro ke Hungary. Beliau tidak menamakan syarikat terbabit. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >