Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Doktor dari Barat dakwa sistem jagaan kesihatan Gaza lumpuh

Mar 20, 2024 | 12:49 PM



NEW YORK: Sistem penjagaan kesihatan di Gaza pada dasarnya telah runtuh, kata sekumpulan doktor dari Barat yang melawat wilayah Palestin dalam beberapa bulan kebelakangan ini.


Mereka memberitahu tentang keadaan tersebut dalam satu acara di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 Mac.

Empat doktor dari Amerika Syarikat, Britain dan Perancis, juga bercakap tentang “kekejaman mengerikan” akibat daripada serangan Israel.

Mereka tampil bekerjasama dengan pasukan di Gaza untuk menyokong sistem penjagaan kesihatannya, yang telah bergolak sejak Israel memulakan serangan ketenteraan di sana pada Oktober 2023.

Serangan Israel telah menyebabkan hampir 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal, menyebabkan krisis kelaparan, meratakan sebahagian besar wilayah dan membunuh lebih 31,000 orang, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Dr Nick Maynard, seorang pakar bedah yang kali terakhir berada di Gaza pada Januari dengan badan amal Britain, Medical Aid for Palestinians, teringat melihat seorang kanak-kanak yang telah melecur teruk sehingga beliau dapat melihat tulang mukanya.

“Kami tahu tidak ada peluang untuk dia diselamatkan tetapi tidak ada morfin untuk diberikan kepadanya.

“Jadi bukan sahaja dia pasti akan mati tetapi mati dalam kesakitan,” kata Dr Maynard, seorang pakar bedah barah.

Dr Zaher Sahloul, pakar penjagaan kritikal dengan kumpulan kemanusiaan MedGlobal, menyatakan seorang kanak-kanak, Hiyam Abu Khdeir, tujuh tahun, tiba di Hospital Eropah di Gaza dalam keadaan 40 peratus badannya melecur, selepas serangan udara Israel yang turut membunuh bapa dan abangnya serta mencederakan ibunya.

Selepas berminggu-minggu menunggu, Hiyam telah dipindahkan ke Mesir untuk rawatan tetapi meninggal dunia dua hari kemudian, ujar Dr Sahloul.

Israel mula mengebom wilayah Palestin pada 7 Oktober sebagai tindak balas terhadap serangan Hamas di selatan Israel yang membunuh lebih 1,400 orang dan 240 yang lain dijadikan tebusan.

Pakar antarabangsa telah memberi amaran bahawa serangan Israel di Gaza merupakan pembunuhan beramai-ramai yang kini sedang disiasat Mahkamah Dunia.

Israel menafikan tuduhan pembunuhan beramai-ramai itu dan menegaskan bahawa ia menyasarkan Hamas, bukan orang awam. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >