Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Separuh penduduk Gaza kelaparan, krisis paling buruk dalam sejarah: PBB

Mar 19, 2024 | 12:07 PM



GAZA: Separuh penduduk Gaza sedang mengalami “malapetaka” kelaparan, dengan kebuluran dijangka melanda utara wilayah itu menjelang Mei jika tiada campur tangan segera, penilaian keselamatan makanan yang disokong, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran pada 18 Mac.


“Penduduk di Gaza di ambang mati kerana kelaparan sekarang. Kepantasan krisis kebuluran dan kekurangan zat makanan buatan manusia ini begitu menakutkan,” kata Ketua Program Makanan Sedunia (WFP) PBB, Cik Cindy McCain.

“Keadaan sebanyak 50 peratus daripada keseluruhan penduduk berada dalam kelaparan tahap hampir bencana tidak pernah berlaku sebelum ini,” kata Timbalan Ketua Pengarah Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) PBB, Cik Beth Bechdol, memberitahu AFP.


Ini bermakna kira-kira 1.1 juta orang sedang “bergelut dengan kelaparan dan kebuluran dahsyat”, ujar WFP.

WFP menambah: “Ini adalah bilangan tertinggi orang yang pernah direkodkan sebagai menghadapi kebuluran tahap bencana” di bawah sistem Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC), yang menerbitkan laporan terbarunya pada 18 Mac.

Sistem itu dibangunkan pada 2004.

Keadaan itu amat teruk terutama di utara Gaza, dengan PBB menjangka sekitar 300,000 orang bakal menghadapi krisis kebuluran pada bila-bila masa antara pertengahan Mac dengan Mei.

Ketua Kkemanusiaan PBB, Encik Martin Griffiths, menggesa Israel supaya segera membenarkan akses tanpa halangan untuk menyalurkan bantuan ke wilayah Palestin yang terkepung.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Encik Vedant Patel, berkata krisis di Gaza itu “membimbangkan” dan “menyayat hati” melihat “kanak-kanak kelaparan”.

“Sebab itu kami sangat percaya bahawa segala-galanya mesti dilakukan untuk meningkatkan penyaluran bantuan kemanusiaan,” katanya. – AFP.

Perang Gaza meletus selepas Hamas melancarkan serangan di selatan Israel pada 7 Oktober.


Israel bertindak balas dengan kempen pengeboman dan serangan darat tanpa henti, yang mengorbangkan sekitar 31,000 nyawa. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >